Thursday, November 8, 2007

Pertemuan Bukuonline.org bersama pendukungnya

Dar kiri: Dr. Abu Hassan Hasbullah (Ketua 2 - pensyarah UM yang selalu keluar dalam Fenomena Seni RTM), Shaharom TM Sulaiman (Ketua 1 - pensyarah UiTM yang aktif menulis di KOSMO dan penggiat utama buku di Malaysia), Ali Dina (Ketua 2 - bekas Profesor Madya UiTM), saya (Setiausaha - pensyarah UIAM) dan Nal Azri (Bendahari - pegawai di Yayasan Salam)


Komuniti bukuonline.org adalah sebuah komuniti kecil yang ditubuhkan pada 2003, tetapi berjiwa besar. Foto di atas adalah foto terkini kami berlima. 2006 merupakan tahun yang paling aktif. Kami telah memulakan satu gelombang e-komuniti yang berfokuskan buku. Seminar Pencinta Buku 2006 telah berjaya menemukan pencinta-pencinta buku. Malah Pak Samad (A Samad Said) merupakan kenalan terapat bukuonline.org. Malah penggiat sastera lain seperti Nisah Hj. Haron, Faizal Tehrani juga pernah dijemput untuk bersama seminar ini.

Seminar Pencinta Buku 2007 juga telah berjaya dilaksanakan. Pertemuan pada hari ini adalah untuk berbincang mengenai Seminar Pencinta Buku 2008 dan pelancaran projek terbesar bukuonline.org. Nantikan kemunculannya, hadiah kami kepada semua biblioholiks!

2 comments:

Unknown said...

Seronoknya!

Bab jumpa-jumpa sambil minum kopi ni yang buat saya cemburu betul dengan rakan-rakan di KL!

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

jemputlah sekali apabila berkelapangan. Amat dialu-alukan kedatangan jiwarasa ke pertemuan-pertemuan ini.