Selesai membaca Alexander adalah Zulqarnain. Kini sedang membaca 5 Cities that Ruled the World karya Douglas Wilson. Buku ini menceritakan bagaimana pentingnya Jerusalem, Athens, Rome, London dan New York dalam mewarnai peradaban manusia, sama ada pada zaman dahulu mahupun sehingga kini.
Semalam baru habis membaca bab Jerusalem. Penulis, ya seorang 'mat saleh', sudah pasti agak 'negatif' apabila memperkatakan tentang Islam. Jerusalem, yang sehingga kini menjadi 'medan pertempuran' dalam 'keharmonian 3 agama - Yahudi, Kristian dan Islam' menjadi rebutan sepanjang zaman. Walaupun penulis buku ini agak skeptikal tentang Islam, namun ia memberi gambaran yang agak neutral terhadap Jerusalem yang kini secara zalimnya dirampas oleh Yahudi ataupun lebih tepat lagi Zionis.
Memang kita akui, Yahudi adalah satu bangsa yang diceritakan Allah dalam Al-Quran banyak menghabiskan masanya di Jerusalem, tetapi sejarah juga telah membuktikan Yahudi 'tidak layak' untuk hidup di Jerusalem. Memang juga kita akui berapa ramai Rasul dan Nabi diturunkan di kalangan orang Yahudi, tetapi bangsa ini jugalah yang membunuh Rasul dan Nabi mereka.
Menurut buku ini, apabila Jerusalem dirampas oleh British, bangsa Yahudi menginginkan Jerusalem dan Palestin diserahkan 'semula' kepada mereka. Namun British kononnya 'sebagai mediator' antara bangsa Arab dan Palestin, ingin menyerahkan Uganda sebagai negeri untuk bangsa Yahudi. Namun seperti yang ditulis oleh Wilson dalam bukunya ini 'Zionism meant a homeland in Palestine, not just a homeland somewhere'.
Menurutnya lagi "Tension in the Middle East today, centered in Jerusalem, is the result of two major developments. The first was the gradual eclipse of Islamic power, becoming undeniable and irreversible by the nineteenth century. The second was the rise of Zionism or Jewish nationalism.
Kejadian buruk yang sedang berlaku di Palestin kini, menurut Wilson "When we are faced with a problem as difficult as this one, we look to continued support for Israel from the United States, aid to the Palestinians from Europe, or another stern resolution from the United Nations. But why do we look to these entities to solve the problem when they were the ones who created it in the first place?
Yang pasti, ketidaklayakan Yahudi untuk menduduki tanah Palestin dan Jerusalem adalah kerana mereka sendiri - kerana mengingkari perintah Allah dan akibat daripada 'breach of contract' ini, mereka akan hancur di tanah yang diinginkan mereka sepanjang zaman itu sendiri!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam,
Tuan,
Rasa agak dengki dengan kejayaanmu membaca ha!ha!ha! Mencari masa untuk membaca seumpama mencuri! Semoga selamat semuanya.
Lama kita tak jumpa, buku yang saya beli untukmu di Bazar Chowrasta masih disimpan elok namun saya sudah berpindah tempat kerja dan tempat tinggal.
Sekarang saya seorang penjawat awam! Kalau ada ke Seremban, hubungi saya ya.
Sahabat maya
-aliff-
Assalamualaikum. Asif, tumpang tanya, mana boleh saya dapatkan buku ini? Dan berapa harganya
Post a Comment