Monday, March 23, 2009

TINTIN

Antara komik yang suka dibaca semasa kecil-kecil dahulu ialah TINTIN. Terdapat beberapa siri TINTIN di rumah ayah, yang diterbitkan sekitar tahun awal 80an, yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Kunjungan saya ke Jualan Gudang MPH tempoh hari, menemukan saya semula dengan TINTIN. Memang sudah banyak sirinya diterbitkan semula. Namun, pada hari itu sahajalah terbuka semula hati saya untuk memiliki TINTIN yang berbahasa Inggeris. Lantas, semalaman di Batu Pahat hujung minggu itu dikhaskan untuk membaca habis TINTIN Volume 2, yang terkumpul bersama 3 sirinya: TINTIN in America, Cigars of the Pharaoh dan The Blue Lotus.

Amat menghiburkan, dan tentunya mengimbau kenangan manis semasa kanak-kanak!

5 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Tuan,

Kerana TINTINlah,saya menyimpan impian untuk mengembara ke luar negeri semasa kanak-kanak.

Komik TINTIN itu saya baca dengan khusyuk di dalam perpustakaan SK Penjom,Kuala Lipis.Ketika itu,saya berangan-angan untuk melihat sendiri kota (castle) Inggeris seperti di dalam siri The Black Island

Alhamdulillah, saya berjaya capai impian tersebut apabila belajar di UK tidak lama dahulu.

Kini,melalui projek perpustakaan rumah anak yatim Islamic Relief,saya pastikan salah satu judul buku yang disediakan untuk perpustakaan itu mesti ada judul-judul TINTIN!

Moga anak-anak tiu juga berangan-angan yang sama.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

drbubbles: semoga usaha tuan itu diberkati Allah. Cerita-cerita di dalam TINTIN itu memang kadang-kala menduga akal dan citarasa angan-angan seseorang kanak-kanak.

fusarium solani said...

TINTIN memang sentiasa ada dalam projek perpustakaan buku Dr.Bubbles. Jangan lupa, nanti dermalah mana-mana buku yang dirasakan sesuai untuk projek ini.

hasnuddin said...

Saudara,

Saya juga pernah membaca komik Tintin versi Bahasa Melayu ketika di zaman sekolah rendah sekitar tahun 80an dahulu. Kini, setelah berumur 30an saya baru-baru ini membeli senaskhah buku kompilasi Tintin Volume 4 berbahasa Inggeris di MPH.

Alangkah bagusnya jika versi Bahasa Melayu Tintin diterbitkan semula agar anak-anak saya yang masih belum fasih Bahasa Inggeris dapat membacanya sebagai permulaan kepada minta membaca.