Wednesday, August 26, 2009
Menangis membaca
Saya menangis membaca buku ini. Ingin saya mempunyai seorang ketua seperti Prof. Kamil di universiti tempat saya mengajar. Ingin saya didakwah dari hati yang murni dan jujur seperti Prof Kamil yang memimpin anak bangsa di UiTM Kampus Johor. Ingin saya dekati beliau dan bersama beliau untuk didakwah dan mendakwah, supaya ingatan kepada Allah dan RasulNya tidak pudar. Ingin saya kekalkan momentum itu seperti momentum Prof. Kamil usai haji beliau. Dan tidak keterlaluan untuk saya katakan buku ini adalah lembaran baru dalam persuratan Melayu, sama tarafnya dengan tulisan-tulisan Hamka dan para ulama terdahulu. Ingin saya war-warkan kepada semua sahabat, untuk memiliki buku ini dan mengkhatamnya..dan paling penting; seperti saranan Prof. Kamil: membaca Al-Quran dengan terjemahannya sekali, solat lima waktu berjemaah dan paling penting beristiqamah; kerana inilah dakwah yang terpenting: dakwah kepada diri sendiri! Terima kasih Prof kerana mengguris hati dan perasaan saya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam,
Sewaktu saya mendengar ceramah berkenaan buku ini yang disampaikan oleh Prof Kamil, saya juga menangis.
Salam,
Kadang-kadang kita rasa Allah SWT macam jauh, segala yang kita hendak tidak diperoleh, namun sebenarnya Allah SWT sangat dekat walaupun kita yang jauh dariNya...
Saya sudah memiliki buku ini dan khatam berkali-kali, tersentuh jiwa.
sy bru beli buku ini semalam..
pendahuluan pon da menyentuh hati sy..
rase x saba nak menghabiskan bacaan...
Post a Comment