Friday, January 30, 2009

Lagi tulisan tentang bangsa Yahudi dan umat Islam

Buku yang ditulis oleh Dr. Daisaku Ikeda (Penyair Diraja dan penerima Anugerah Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) bertajuk Sahabat yang Sentiasa di Hati (terjemahan Nazel Hashim Mohamad), yang diterbitkan oleh GAPENA, menceritakan sesuatu mengenai layanan kita (umat Islam) terhadap bangsa Yahudi:

....namun daripada sudut pandangan Islam, Perang Salib pada zaman pertengahan yang masyhur, yang Eropah anggap sebagai perang suci itu, sebenarnya tidak lebih daripada serangan orang gasar terhadap sebuah tamadun yang tinggi. Dan malah sebenarnya, tamadun Islam itu dikatakan lebih tinggi daripada tamadun Eropah pada waktu itu, dan dalam setiap perkara. Misalnya, sementara orang Yahudi dianiaya dengan dahsyatnya di bumi Eropah Kristian, di dunia Islam pemimpinnya mengamalkan tradisi kebebasan beragama yang memberikan kebebasan dan persamaan hak yang nisbi kepada orang Yahudi....

Boleh teruskan perbincangan mengenai buku dan bangsa yang dilaknati Allah ini di ruangan forum http://bukuonline.net di bawah tajuk Sembang Umum/GAZA

4 comments:

Ieja Sharikin said...

salam...

kedai buku mana ada jual buku ni?tq

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

saya tak pasti sama ada dijual di kedai-kedai buku biasa, tapi yang pasti ada di rumah GAPENA. Dan selalunya buku-buku GAPENA ada dijual di Kinokuniya

mohamadkholid said...

saya akan cari!

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

kholid: kalau terjumpa beritahu saya....:)