Friday, January 30, 2009

Buku lagi

Baru pulang dari Jualan Gudang Utusan Publication. Membeli beberapa buah buku:
  1. Impak Pembangunan: Kualiti hidup dan persekitaran (Lukman Z. Mohamad, et al)
  2. Kerja Sosial: Artikel-artikel pilihan (diselenggara Abd. Razak Abd. Manaf dan Zakiyah Jamaluddin)
  3. Mahathir dan Akhbar (Mohd. Safar Hasim)
  4. Tokoh Falsafah Dunia (Azmi Aziz dan Wan Ramli Wan Muhammad)
  5. Surat daripada Mahathir (Zainuddin Maidin)
  6. Muzakkirah: Sebuah autobiografi suku abad menerjaui kerajaan Terengganu (Wan Mokhtar Ahmad)

Lagi tulisan tentang bangsa Yahudi dan umat Islam

Buku yang ditulis oleh Dr. Daisaku Ikeda (Penyair Diraja dan penerima Anugerah Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) bertajuk Sahabat yang Sentiasa di Hati (terjemahan Nazel Hashim Mohamad), yang diterbitkan oleh GAPENA, menceritakan sesuatu mengenai layanan kita (umat Islam) terhadap bangsa Yahudi:

....namun daripada sudut pandangan Islam, Perang Salib pada zaman pertengahan yang masyhur, yang Eropah anggap sebagai perang suci itu, sebenarnya tidak lebih daripada serangan orang gasar terhadap sebuah tamadun yang tinggi. Dan malah sebenarnya, tamadun Islam itu dikatakan lebih tinggi daripada tamadun Eropah pada waktu itu, dan dalam setiap perkara. Misalnya, sementara orang Yahudi dianiaya dengan dahsyatnya di bumi Eropah Kristian, di dunia Islam pemimpinnya mengamalkan tradisi kebebasan beragama yang memberikan kebebasan dan persamaan hak yang nisbi kepada orang Yahudi....

Boleh teruskan perbincangan mengenai buku dan bangsa yang dilaknati Allah ini di ruangan forum http://bukuonline.net di bawah tajuk Sembang Umum/GAZA

Thursday, January 29, 2009

3 tahun untuk membaca

Agak sibuk kebelakangan ini, sejak mula menjadi pelajar semula. Ramai pelajar-pelajar saya menegur, bagaimana keadaan sekarang. Dan terus-terang saya katakan semula, dah menjadi pelajar semula ini tentunya tampak lebih muda dan riang!

Saya diambang akhir pencarian ilmu formal saya, di tahap PhD ini tentunya banyak dugaan dan cabaran. Malah setelah tiga tahun mencari tempat dan supervisor yang bersesuaian, akhirnya pada tanggal Isnin, 19 Januari 2009 yang lepas, saya berjaya mendaftarkan diri di sebuah universiti di selatan tanahair, yang pernah menjadi tempat pencarian ilmu ketika muda-muda dulu.

Bidang yang sedang diceburi ini tentunya bidang yang masih baru di Malaysia; Pengurusan Kemudahan. Apa yang sedang dilakukan sekarang, pada peringkat 6 bulan yang pertama ini adalah duduk diam-diam di bilik dan baca, baca dan baca...tentunya inilah yang seronoknya menjadi pelajar semula!

Saturday, January 24, 2009

Jualan Gudang Kumpulan Utusan


Dapat info penting ini dari laman Celik Huruf, bahawa Kumpulan Utusan akan mengadakan Jualan Gudang (diskaun hingga 70%) bertempat di Taman Shamelin, dari 30 Januari - 5 Februari 2009. Ayuh kita ke sana!!

Monday, January 12, 2009

Hasil perbincangan meja bulat bukuonline


Semalam, komuniti bukuonline bersidang. Yang hadir: Sayed Munawar, Rahimi, Ustaz Fadli, Shaharom TM Sulaiman, Hj. Hassan Hamzah dan Ali Dina. Antara hasil perbincangan kami ialah:
  1. Menyokong penuh program Di Luar Lingkungan (TV1) kelolaan Sayed Munawar.
  2. Untuk itu, portal bukuonline digerakkan semula yang beralamat di http://bukuonline.net
  3. Merancang beberapa aktiviti bersama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor, yang berkemungkinan besar akan dimulakan dengan Seminar Pencinta Buku Malaysia ketiga. Siri seminar ini telah bermula dari tahun 2006 (dengan Seminar Pencinta Buku Malaysia Pertama menghasilkan buku Pesona Pencinta Buku Malaysia), dan pada tahun 2007 (dengan Seminar Pencinta Buku Malaysia Kedua). Namun tahun 2008, disebabkan perkara-perkara tertentu, ia tidak dapat diadakan.
Selepas tamat perbincangan, saya bertapa dengan ustaz Fadli untuk mempelajari CMS (Content Management System) secara gerila, untuk mengaktifkan semula portal bukuonline. Walaupun merangkak, namun ustaz memang mencurahkan segala ilmunya secara berkesan kepada saya.

Thursday, January 8, 2009

Khabar dari Yayasan Salam

Foto dari Utusan Malaysia, 8-01-09

Terima email dari sahabat di Yayasan Salam:

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Seperti yang diumumkan di dalam akhbar hari ini, SALAM telah melancarkan Tabung Palestin untuk membantu penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Penubuhan Tabung ini diketuai oleh Datuk Ahmad A. Talib, Ahli Lembaga Pemegang Amanah SALAM dengan kerjasama Forum Profesional Malaysia.

Tujuan kutipan ini adalah untuk bekalan ubat-ubatan dan makanan. Sumbangan berbentuk ubat-ubatan dan selimut juga diterima. Resit pengecualian cukai akan dikeluarkan kepada penderma (RM50 ke atas).

Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Public Bank 307 287 9302 atas nama Yayasan Salam Malaysia atau sila hubungi SALAM di 03-79584021 untuk maklumat lanjut.

Bantuan sukarelawan diperlukan untuk menyebarkan berita ini.

NAL AZRI NAWAWI
Yayasan Salam Malaysia
03-79584021
03-79584031
http://www.salam.org.my






Monday, January 5, 2009

Bukuonline di Luar Lingkungan

Hari ini menjadi satu sejarah yang bermakna kepada Komuniti Bukuonline, apabila rancangan yang dihoskan oleh Sayed Munawar telah dijadikan sebagai media partnernya. Bukuonline akan menjadi wadah pelengkap kepada perbincangan berita dan isu yang telah dikupas menerusi rancangan Di Luar Lingkungan, yang disiarkan pada setiap Isnin, 9:30 malam - 10:30 malam. Insya Allah, bukuonline sedang berusaha menaiktaraf portalnya.

Portal Di Luar Lingkungan: http://dll.my
Perbincangan di blog bukuonline: http://bukuonlinemalaysia.wordpress.com

Apa kata Asimov?

Apa yang sedang berlaku di Genting Gaza, mengingatkan saya tentang apa yang ditulis oleh I. Asimov di dalam buku memoirnya, yang siap ditulis setahun sebelum beliau meninggal dunia. Antara lain yang ditulisnya:

Right now there is an influx of Soviet Jews into Israel. They are fleeing because they expect religious persecution. Yet at the instant their feet touched Israeli soil, they became extreme Israeli nationalists with no pity for the Palestinians. From persecuted to persecutors in the blinking of an eye.....

Asimov, juga seorang berketurunan Yahudi dari Rusia, turut merasakan apa yang berlaku di Israel adalah bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia. Malah, beliau amat kenal dengan sifat orang-orang Yahudi, yang berabad-abad lamanya hidup dalam kesusahan (dibuang dan dibunuh dalam setiap tamadun manusia) kerana sifat orang Yahudi itu sendiri. Menurut beliau lagi, apabila bangsa Yahudi berkumpul dan menjadi majoriti, kemusnahan akan berlaku, kerana telah menjadi sifat bangsa Yahudi itu sendiri yang membinasakan.

Sunday, January 4, 2009

Laman sesawang komuniti bukuonline

Laman sesawang baru komuniti bukuonline:

http://bukuonline.uni.cc
http://groups.yahoo.com/group/bukuonline/

akan datang.......pada 5 Januari 2009, satu lagi laman yang akan dilancarkan sempena program baru di TV1, yang akan ditayangkan pada 9:30 malam. Nantikan kemunculannya...

Saturday, January 3, 2009

2009 dan bukuonline kembali


RTM sedang dalam usaha untuk berubah. Tahun 2009 telah memotivasikan mereka berubah. Dan bukuonline (komuniti buku yang saya dan rakan-rakan usahakan sejak 2003) turut terpanggil bersama-sama RTM di dalam arus perubahan ini.

Sesuatu yang baru akan berlaku pada Isnin (5.01.09) nanti, pada jam 9:30 malam di RTM1. Perbincangan meja bulat telah kami lakukan di Pusat Bandar Damansara petang tadi, bersama Sayed Munawar (pengacara Selamat Pagi Malaysia RTM), Dr. Abu Hassan Hasbullah (selebriti media) dan Ali Dina (Ketua Dua Bukuonline).

Sememangnya saya mengimpikan sesuatu yang lebih bersifat nasional akan berlaku pada tahun 2009 ini. Saya inginkan budaya membaca menjadi kenyataan. Dan seharusnya segala usaha ini akan dipertingkatkan lagi supaya dipercepatkan transformasi sosial masyarakat Malaysia. Insya Allah.

Friday, January 2, 2009

Jualan Gudang DBP


Jualan Gudang DBP (Dawama) di kilangnya kat Ulu Kelang sedang berlangsung, dari 12 Disember 2008 - 11 Januari 2009. Seperti biasa, diskaunnya mencecah 70% untuk judul-judul lama, namun masih relevan hingga sekarang. Saya turut membeli beberapa buah buku, yang bertajuk:
  1. Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja (Othman Puteh dan Abdul Ahmad)
  2. Sumbangan Islam dalam Bidang Matematik (Ali Abdullah Al-Daffa', terjemahan Amin Senin)
  3. Conceptual and Methodological Issues in Islamic Research: A Few Milestones (Muhammad Mumtaz Ali)
  4. Pendekatan Holistik Sains dan Agama: Cabaran Ketamadunan (Syed Muhammad Dawilah al-Edrus)
  5. Minda Melayu (Anwar Ridhwan)
  6. Falsafah dan Seni Kreatif Melayu (Mana Sikana)
  7. The Muslim Mind (Muhammad Abdul Rauf)
  8. Pengantar Tamadun Islam (Amir A. Rahman)
  9. Persuratan Islam (Hj. Muhammad Bukhari Lubis)
  10. Ummah the Muslim Nation (Muhammad Abdul Rauf)
  11. Sempadan Gua Badak (Nazel Hashim Mohamad) - 3 buah buku, untuk simpanan. Antara buku tulisan ayah.