Sunday, June 13, 2010

Socrates adalah Lukman al-Hakim


Masih membaca Alexander adalah Zulqarnain. Lebih tebal daripada buku pertama penulis yang sama (Yakjuj Makjuj).

Ada dua perkara yang penting dan menarik dari buku Alexander adalah Zulqarnain ini:

  1. Pendedahan siapa Socrates
  2. Pendedahan Alexander The Great adalah Zulqarnain
Siapa Socrates? Beliau adalah guru kepada Plato. Dan Plato adalah guru kepada Aristotles. Alexander adalah anak murid kepada Aristotles. Mungkin semua tahu nama-nama ini. Tetapi, buku ini telah mendedahkan 'teori' keimanan Socrates, Plato, Aristotles dan Alexander. Malah, mengikut sejarah Socrates dihukum bunuh dengan cara meminum racun (pada zaman tersebut, meminum racun secara sukarela adalah satu cara hukuman bunuh yang dikenakan oleh mahkamah). Socrates dihukum bunuh kerana kepercayaannya terhadap monotisme (iaitu menyembah Tuhan yang Esa). Pada zaman Yunani, paganisme iaitu dengan penyembahan kepada multi Tuhan (berhala) merupakan anutan mereka. Kepercayaan Socrates yang menongkah arus itu menyebabkan pemerintah Yunani ketika itu merasakan ajaran Socrates membahayakan minda generasi muda mereka.

Malah yang lebih memeranjatkan, pendedahan buku ini juga mengaitkan Socrates dengan Lukman al-Hakim (nama yang disebut-sebut dalam Al-Quran, namun sehingga kini tidak pernah dapat dikaitkan dengan sesiapa dalam lipatan sejarah).

Lantas saya membeli sebuah buku lagi yang bertajuk Conversations of Socrates yang ditulis oleh Xenophon (seorang Yunani yang hidup dalam lingkungan masa Socrates-Aristotles). Secara jelas, ia menceritakan tentang kepercayaan dan keimanan Socrates di dalam memperjuangkan kepercayaan monotismenya.

Ya, selama ini kita telah banyak dimomokkan oleh tulisan barat-yahudi yang memesongkan fakta sejarah mengenai tokoh-tokoh zaman dahulu, dengan tidak menceritakan fakta sebenarnya. Maha Besar Allah kerana telah menurunkan Al-Quran untuk membetulkan fakta-fakta salah yang dipesongkan oleh sarjana-sarjana yahudi mahupun yunani itu sendiri.

8 comments:

ns said...

salam.

Saya mengambil masa yang agak lama utk menghabiskan buku Yakjuj & Makjuj.Sebabnya sy kena baca dengan teliti betul2 utk memahami buku tu.:)

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

tak mengapa. Seperti Susan Hill tulis dalam bukunya: pembacaan pantas tidak boleh diaplikasikan dalam semua bentuk bacaan. Adakalanya kita perlu membaca lambat (dan yang mungkin lambat sangat) untuk mengutip segala maklumat dan ilmu dari pembacaan kita itu.

hud aikara said...

saya telah habis membaca buku yajuj dan makjud dan buku itu telah membuatkan saya memikirkan kembali kebenaran kisah tersebut sebab dari kecil saya telah dimomokan oleh orang tua gambaran makhluk itu dengan cara yang lain. Sangat menarik.
Saya belum dapat membaca tulisan penulis yang sama berkenaan Iskandar Zulkarnain tetapi saya sedang membaca tulisan Afareez Abd Razak bertajuk, 'benarkah Iskandar bukan Zulkarnain'.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

saya perlu dapat dan baca buku Afareez untuk mendapatkan satu perspektif yang lain pula

ZuLaiShah said...

Salam,

Saya ada ambil sinopsis saudara untuk blog saya. Harap tak menjadi masalah. Insyallah untuk menarik minat pembaca lain untuk membaca buku ini.

http://tallandroundblogspot.com

Terima kasih

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Silakan

amir azri said...

mohon saudara baca juga Alexander Bukan Zulqarnain dan mohon pendapat saudara.

Anonymous said...

Kata editor PTS, lepas ini Muhammad Alexander akan menerbitkan buku "Socrates adalah Luqman Hakim berkulit Hitam" sempena Pesta Buku Antarbangsa 2013, katanya buku ini akan membongkar misteri Luqman Hakim, dan Socrates memang Luqman sebenar!