Ruang masa untuk saya membaca sesebuah buku beberapa ketika ini sudah menjadi amat terhad. Bukannya sebagai satu alasan untuk tidak membaca. Malah, saya sentiasa komited untuk mengatakan pengurusan masa perlu betul untuk menjadikan membaca satu budaya. Namun, kesibukan saya kali ini adalah kerana saya perlu beralih arah daripada membaca sesebuah buku kepada membaca puluhan kertas seminar. Amalan membaca saya juga mula berubah. Daripada santai menjadi lebih serius. Saya perlu menggunakan kedua-dua belah otak untuk membaca dan membedah setiap isi bacaan saya. Bukan sekadar untuk membaca - malah sebaliknya lebih kritis dalam pembacaan. Ini adalah kerana saya sedang belajar - untuk 'menyudahkan' sistem pendidikan saya ke peringkat, yang orang kata, 'penamat sesuatu pendidikan', iaitu PhD. Namun saya sentiasa sedar, pembelajaran tidak akan tamat selagi kita tidak dikuburkan.
Sunday, November 15, 2009
Tidak lagi membaca buku?
Ruang masa untuk saya membaca sesebuah buku beberapa ketika ini sudah menjadi amat terhad. Bukannya sebagai satu alasan untuk tidak membaca. Malah, saya sentiasa komited untuk mengatakan pengurusan masa perlu betul untuk menjadikan membaca satu budaya. Namun, kesibukan saya kali ini adalah kerana saya perlu beralih arah daripada membaca sesebuah buku kepada membaca puluhan kertas seminar. Amalan membaca saya juga mula berubah. Daripada santai menjadi lebih serius. Saya perlu menggunakan kedua-dua belah otak untuk membaca dan membedah setiap isi bacaan saya. Bukan sekadar untuk membaca - malah sebaliknya lebih kritis dalam pembacaan. Ini adalah kerana saya sedang belajar - untuk 'menyudahkan' sistem pendidikan saya ke peringkat, yang orang kata, 'penamat sesuatu pendidikan', iaitu PhD. Namun saya sentiasa sedar, pembelajaran tidak akan tamat selagi kita tidak dikuburkan.
Tuesday, November 10, 2009
Hadiah yang bermakna

Buku ini amat bermakna. Pertama kerana ia adalah himpunan tulisan berkaitan dengan isu-isu dalam sejarah pemikiran (yang memang saya minati). Kedua kerana ia dihasilkan untuk mengenang persaraan Dr. Abdul Rahman Abdullah (yang saya rasakan tentu beliau adalah seorang pensyarah atau guru yang amat disenangi) dan ketiganya kerana ia adalah salah sebuah dari dua buku (sebuah lagi bertajuk Java Man) yang dihadiahkan oleh isteri saya sempena ulangtahun ke-10 perkahwinan kami pada 31 Okotber yang lepas. Terima kasih!
Wednesday, November 4, 2009
Artikel di Dewan Masyarakat November 2009

'Dalam ruangan SOSIAL, Pensyarah arkitek dan reka bentuk persekitaran, Khairusy Syakirin Has-yun Hashim menyoal jika Kuala Lumpur Curitiba Kedua'
Sunday, November 1, 2009
10 sebab anda perlu membaca buku ini

- Untuk mengenali siapa sebenarnya Yakjuj dan Makjuj;
- Keluarnya Yakjuj dan Makjuj adalah salah-satu daripada 10 petanda besar kiamat. Wajib tahu;
- Mengetahui sejarah sebenar negara haram Israel, dan hak orang Yahudi terhadap Baitulmuqadis. Ada kaitannya dengan Yakjuj dan Makjuj.
- Melawan perang saraf dari Barat, yang telah memukul gendang memberitahu dunia bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang Arab dan orang Islam. Kerana itulah mereka menghalalkan peperangan di Afghanistan dan Iraq.
- Mengetahui penyelewengan terhadap Injil dan Taurat, terutamanya ayat-ayat yang berkaitan dengan Yakjuj dan Makjuj.
- Bagaimana tamadun-tamadun dulu hilang dan musnah, seperti Babilon yang telah dimusnahkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
- Lokasi Yakjuj dan Makjuj.
- Suku-suku Yakjuj dan Makjuj yang telah bertebaran di dunia kini.
- Hadis Nabi mengenai Yakjuj dan Makjuj.
- Keluarnya Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman, dan bagaimana Nabi Isa menentang mereka dengan kuasa Allah.
Saturday, October 31, 2009
Sahabat yang sentiasa di hati
Tentunya ramai sudah sedar dan mengetahui bahawa dunia kini sudah diambang maut. Segala apa yang berlaku saban hari, sama ada di berita nasional mahupun di peringkat antarabangsa, kita merupakan antara umat terakhir menduduki bumi ini.
Telah begitu banyak bukti yang menunjukkan bahawa, pada setiap detik, jam, hari dan bulan. Kita sebenarnya menghampiri ruang kubur dan dunia baru.
Peperangan yang telah menjadi satu titik sejarah hitam zaman kuno masih lagi relevan sehingga sekarang, malah mungkin sehingga hari kiamat. Manusia dibunuh saban hari. Sama ada secara kekerasan melalui peperangan, mahupun secara lembut menerusi segala jenis ism buatan manusia.
Manusia semakin hilang akal dan budi. Meratapi berita-berita sedih yang berlaku di hampir serata dunia, dan yang terkini di Palestin memang mencengkam jiwa dan akal budi normal manusia. Namun apa yang boleh kita lakukan di dalam kekalutan dengan ketidakupayaan sendiri?
Mengulit buku terjemahan terbaru Nazel Hashim Mohamad terhadap buku tulisan Dr. Daisaku Ikeda, iaitu Penyair Diraja dan penerima Anugerah Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang bertajuk Sahabat yang Sentiasa di Hati (yang diterbitkan oleh GAPENA), membawa pembaca ke dunia penuh dialog antara Dr. Ikeda dengan 30 orang rakan dialognya.
Hampir separuh daripada rakan-rakan dialognya ini pernah menjadi mangsa peperangan, dan tak kurang juga menjadi reformis keamanan yang cuba menolak perang dari diari kehidupan manusia.
Dr. Ikeda cuba merungkai sejarah dan rahsia persengketaan dan peperangan. Kesengsaraan yang beliau cuba rasai hasil daripada penceritaan semula rakan-rakan dialognya, yang terdiri daripada para pemimpin dunia dan cendekiawan, yang cuba memperlihatkan betapa sengsaranya manusia yang terhimpit di dalam persengketaan buatan manusia.
Peperangan bukan sahaja memusnahkan harta-benda awam, malah ada juga diantaranya memusnahkan ketamadunan manusia itu sendiri. Universiti-universiti tidak terlepas daripada diranapkan oleh peperangan. Bukannya secara fizikal semata-mata, malah yang lebih tragisnya kepada mental para pendidik dan mahasiswa-mahasiswinya.
Ada di antara rakan dialog Dr. Ikeda, yang pernah menjadi ikon dunia seperti Rosa Parks (pejuang hak awam di Amerika Syarikat), Fidel V. Ramos (mantan Presiden Republik Filipina), Rajiv Gandhi (mantan Perdana Menteri India yang mati dibunuh), dan Nelson Mandela, berkongsi cerita dan wawasan dengan Dr. Ikeda mengenai pentingnya kemakmuran tanpa peperangan dan persengketaan.
Dr. Ikeda amat beruntung kerana dapat menemui pemimpin-pemimpin ini untuk menjadi rakan dialognya, dan menuliskannya kembali di dalam bentuk catatan untuk generasi akan datang membacanya, seterusnya menilai semula tentang perlunya usaha untuk mendamaikan setiap persengketaan antara manusia.
Tentunya ia bukan satu perkara yang mudah. Pada setiap tamadun, tentu ada persengketaan yang membawa kepada peperangan, tetapi pada setiap tamadun jugalah tentu ada manusia yang mendambakan diri mereka untuk mencari penyelesaian dan kedamaian.
Seperti yang ditulis khas oleh Dr. Ikeda di dalam prakatanya untuk buku terjemahan Bahasa Melayu ini:
Sunday, October 25, 2009
Artikel di Majalahsains.com
Monday, October 19, 2009
Promosi Pay Less
Terima email dari Pay Less:
Dear Khairusy,
PAY LESS BOOKS' Warehouse Sales is back in Millennium Square, Petaling Jaya!!!
Venue: Ground Floor, Millennium Square, Dataran Millennium PJ, Jalan 14/1, Petaling Jaya
(Please click here for map and further details: http://www.paylessbooks.com.my/events_4.html)
Date: 23 - 25 October 2009 (Friday - Sunday)
Time: 10:00am - 7:00pmThursday, October 8, 2009
Buku baru beli


Walaupun buku yang ada belum habis dibaca, masih tergerak di hati untuk mengunjungi toko buku. Tetapi telah pasang niat untuk membeli sebuah dua untuk bulan ini. Lalu disambar dua buah buku di MPH tengah hari tadi: Travelog Iran (Dina Sulaiman) dan The Reagan Diaries (Ronald Reagan). Akan dibaca nanti....
Wednesday, October 7, 2009
Baca Yakjuj Makjuj
Masih membaca Yakjuj Makjuj....agak lambat kerana banyak perkara lain sedang dilakukan. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya yang amat apabila membaca buku ini, selain daripada ingin mengetahui 'perihal misteri' kaum-kaum ini. Pengarangnya amat tekun mencari sumber-sumber yang dipercayai, sekaligus kadang-kala menidakkan beberapa sumber yang tidak dipercayai dan yang mempunyai unsur pemesongan fakta sejarah. Beliau, seperti mana-mana penyelidik yang lainnya, dapat menyakinkan pembacanya dengan menyelusuri bahan-bahan yang secara amnya tidak dapat dicapai oleh pembaca biasa. Ini kekuatan buku ini. Yang paling menarik perhatian saya ialah Timeline Timur Tengah dan Sejarah Bani Israel serta Kaitannya dengan Yakjuj dan Makjuj Scythia (muka surat 220 - 248), dengan bersumberkan pada beberapa sumber yang dipercayai. Menariknya kerana ia memaparkan beberapa tarikh kelahiran nabi-nabi (yang banyak itu tidak semua diketahui), juga tarikh-tarikh penting dalam sejarah. Ia seolah-olah menjadi penghubung sejarah (sebelum Masihi) yang kurang diketahui umum, yang selama ini hanya bergantung kepada penyelidikan Barat yang mungkin berat sebelah. Teruskan membaca!
Saturday, October 3, 2009
Buku terbaru dari River Cottage
Buku Hugh terbaru akan terbit pada 5 Oktober 2009 nanti. River Cottage Everyday, menurut Hugh dalam portal River Cottagenya:
As Hugh says “I make no prior assumptions about where you shop, what you may or may not know about growing vegetables or keeping livestock, whether you can tell the difference between a swede and turnip, or know what to do with a belly of pork and a breast of lamb. Instead, I’ll show you easy and confidence-inspiring ways with cuts of meat, types of fish and other ingredients you may not have tried before. And I’ll offer you new approaches that I hope will breathe new life to familiar staples, like rice, spuds, beans, and your daily bread.
Above all, I intend to tempt you irresistibly towards a better life with food, with a whole raft of recipes that I think you will love. I hope some of them will become your absolute favourites, and the favourites of your dear friends and beloved family. I hope that the dishes you like best will infiltrate and influence your cooking, giving you increased confidence and fresh ideas. In short, I hope that before long, cooking simple and delicious food from the best seasonal ingredients becomes second nature and first priority for you, not just once in a while, but every day.”
Friday, October 2, 2009
Artikel di Majalahsains.com

Alhamdulillah, artikel saya bertajuk Membaca Matematik (yang pernah terbit di Utusan Malaysia 15-10-2007) terbit semula (dengan izin penulis) di laman Majalahsains.com. Untuk berkongsi sedikit ilmu dengan laman sains ini yang dikendalikan oleh saudara Mohd. Faizal (yang kini menetap di Canada). Faizal merupakan penulis yang aktif menulis perihal teknologi nano di majalah Dewan Kosmik.
Thursday, October 1, 2009
Majalah o majalah
Semasa menunggu penerbangan pulang ke KL dari JB semalam, seperti biasalah toko majalah di Senai menjadi tempat menjamu mata. Kadang-kala 'ter'beli majalah-majalah yang pada kebiasaannya tiada di kedai-kedai lain (atau terlepas pandang). Yang peliknya pula, tidak pula ditemui keluaran seterusnya pada bulan berikutnya di situ. Seolah-olah kedai majalah itu menjual majalah tidak mengikut keluaran.Pada kesempatan kali ini saya membeli dua buah majalah: Discovery Channel Magazine dan Info Pertanian. Menariknya tentang Discovery Channel Magazine (merupakan lidah rasmi Discovery Channel) memaparkan artikel-artikel yang ringkas tetapi dicantikkan dengan foto-foto yang mengagumkan. Terasa mahu terus melanggan DCM ini secara bulanan, takut-takut kedai majalah ini tidak lagi menjual keluaran bulan depan!
Info Pertanian pula saya beli tanpa disedari. Kerana majalah yang ingin dicari sebenarnya yang berkaitan dengan taman dan pembinaannya (seperti Garden Asia..rujuk dTaman69). Tetapi tidak ketemui. Rupa-rupanya Info Pertanian adalah majalah 'ringkas' mengenai kelapa sawit. Sekadar menyelak dan membaca untuk ilmu sampingan.
Yang dicari di toko tersebut adalah majalah keluaran DBP; seperti Dewan Masyarakat, Dewan Kosmik....tetapi tidak dijual, dan tidak pernah ditemui...sayang seribu kali sayang!
Wednesday, September 30, 2009
Majalah Sains dot Com
Menariknya kerana ia merupakan e-majalah, yang keduanya kerana ia berintikan sains dan teknologi. Yang ketiganya, semua dialu-alukan untuk menghantar karya-karya ke sana dengan mudahnya.
Terdapat 12 kategori: Alam Sekitar, Astronomi, Bicara Saintis, Biologi dan Kesihatan, Fizik, Kimia, Komputer, Matematik, Resensi Buku, Sejarah dan Falsafah, Teknologi dan Kejuruteraan, Tokoh.
Semoga usaha murni ini sentiasa mekar dan terus berkembang....
Thursday, September 17, 2009
Yakjuj Makjuj
Buku ini saya beli semalam di MPH Jayajusco Wangsa Maju. Sebenarnya rakan sebelah bilik saya yang mempromosikan buku yang sedang dibacanya itu. Memang menarik dan wajib dibaca oleh setiap umat Islam. Bukan kerana ia bersifat misteri (yang selalunya memang diminati oleh bangsa Melayu (satu persepsi)), sebaliknya ia adalah satu fakta yang perlu diketahui. Al-Quran dan Hadis menyebut tentang Yakjuj Makjuj dan Iskandar Zulkarnain. Maka kita wajib mengetahuinya.Buku ini khabarnya telah diulangcetak 4 kali tahun ni, menjadikannya salah-satu bestseller (yang telah terjual 10,000 naskhah). Rakyat Malaysia telah membaca. Dan tahniah kepada PTS kerana terus mengungguli penerbitan buku-buku berbahasa Melayu. Sebagai pembaca, saya akan terus menyokong, dan terus mempromosi usaha yang baik ini.
Wednesday, September 16, 2009
Minat koleksi buku masakan
Saya memang meminati rancangan AFC (Asian Food Channel). Malah, sebelum ini semasa di Scotland, sepanjang hari saya akan hanya duduk menonton UKFood Channel. Apabila pulang ke Malaysia, yang pada ketika itu AFC belum disiarkan, saya tercari-cari akan alternatif. Akibatnya, saya memilih buku-buku masakan/resepi sebagai koleksi.Antara koleksi buku masakan/resepi yang tersusun rapi di rak rumah saya termasuklah hasil tulisan Hugh Fearnley-Whittingstall yang pernah saya tulis mengenai beliau di dalam Utusan Malaysia satu masa dahulu.
Namun begitu, saya kini agak cerewet apabila membeli buku masakan/resepi. Walaupun Malaysia tidak kurang dengan buku-buku sebegitu, namun kebanyakkannya saya lihat agak hambar: pemilihan jenis kertas yang tidak sesuai, fotografi yang tidak menarik, selain daripada rekaletak dan rekasusun resepi dan gambar yang tidak sesuai. Begitu juga bukan semua buku masakan/resepi dari luar negara itu tergolong dalam buku yang menarik. Tidak semua dapat memancing minat saya.
Tetapi, apabila saya ke MPH hari ini, ke bahagian buku masakan, saya terpandang akan sebuah buku resepi tulisan Datin Seri Raihan Abdul Rahman, A Taste of Batu Gajah. Walaupun agak mahal (memang kebanyakkan buku masakan itu mahal), namun ciri-ciri buku masakan/resepi yang diinginkan itu ada padanya. Walaupun resepi yang dihidangkan itu adalah segala jenis masakan kampung yang kebiasaannya terhidang di atas meja rumah-rumah kita, namun persembahannya yang nampak 'mengiurkan' dan pemilihan warna kertas, warna foto dan jenis kertasnya memang memuaskan!
Saya kata kepada isteri saya semalam, akan kami hasilkan sebuah buku masakan/resepi yang diinspirasikan daripada dTaman69 sebagai pelengkap dokumentasi keluarga kami - dari utara dan selatan, sambil mengambil contoh daripada A Taste of Batu Gajah ini, pastinya.

