Friday, May 2, 2008

Buku terbaru Kassim Ahmad

Walaupun sudah hampir 2 bulan 'Mencari Jalan Pulang' sudah berada di pasaran, namun hari ini saja berkesempatan mendapatkannya. Malah, ia amat bererti bagi saya kerana mendapat tandatangan dari pengarangnya sendiri, Dr. Kassim Ahmad. Saya memenuhi jemputan penerbitnya, ZI Publication yang menjemput menghadiri pelancaran buku ini oleh Yang Berbahagia Prof Diraja Ungku Aziz di DBP pagi tadi.

Menurut Dr. Kassim Ahmad, inilah julung-julung kalinya untuk sekian lamanya, buku tulisan beliau dilancarkan secara profesional dan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pelbagai pihak yang berkaitan. Kalau dulu, buku pertama beliau Hadis-satu penilaian semula, diharamkan. Begitu juga buku ketiga beliau turut diharamkan, harapan beliau supaya buku keempat berbentuk memoir ini dapat diterima oleh semua pihak sebagai satu bentuk keinsafan dari beliau.

Saya secara berterus-terang tidak pernah membaca buku-buku tulisan beliau, tetapi tertarik untuk membaca memoirnya ini terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran sebenarnya. Saya memetik semula kata-kata Tun Dr. Mahathir yang menulis kata penghantar kepada buku ini: ...namun demikian kita harus ingat bahawa seseorang insan akan melalui tiga fasa hidup dalam pegangan politik mereka. Semasa muda mereka agak radikal dan mirip kepada pemikiran dan ideologi kiri. Apabila menempuh umur pertengahan, pandangan dan pegangan mereka lebih mencerminkan 'centralist' dan kecuali. Apabila sudah berumur mereka lebih suka mendokong sikap dan pandangan puak kanan atau konservatif. Saudara Kassim sudah melalui ketiga-tiga fasa ini.....

2 comments:

Mohd Faizal said...

Wah..En.Khairusy lebih beruntung kerana mendapat tandatangan penulis merangkap seorang pemikir. Saya sudah dua kali mengkhatam memoir Dr. Kassim Ahmad. Sangat menarik mengetahui jalur-jalur hidup beliau.Sebelum ini pernah juga beberapa kali mengutus emel kepada beliau menanyakan beberapa perkara berhubung polemik antihadis . Alhamdulillah beliau seorang yang rajin membalas emel.
Tahniah lagi skali!!

Unknown said...

kedai mne yg ade jual buku ni? sye nk beli