Monday, June 16, 2008

Eyeopeners!


Buku ini amat istimewa bagi saya. Pertama kerana ia muncul seolah-olah dari langit. Ketika mencari-cari di ratusan buku di rak jualan gudang Payless Bookstore tempoh hari, ia tiba-tiba muncul di hadapan apabila seorang pekerja Payless 'mencampakkan' buku itu ke atas timbunan buku-buku. Terus dicapai, dan mendapati tajuk dan isinya memang 'mengancam' keimanan saya. Lantas terus dibeli dengan harga yang amat murah, RM5.00!!

Kedua, kerana ia terbit pada tahun 1988. Sebuah buku yang sudah agak berumur. Namun, faktor ketiganya yang menyebabkan saya membelinya, kerana buku ini adalah mengenai pembacaan. 'Eyeopeners! How to choose and use children's books about real people, places and things' sememangnya amat sesuai dengan mood pembacaan saya sekarang, iaitu membaca berkaitan dengan budaya pembacaan dan gerakan membaca.

Beverly Kobrin, pengarang buku ini adalah seorang guru yang begitu berpengalaman di dalam menggerakkan gelombang membaca di US. Buku ini sesuai dibaca oleh semua pihak yang terlibat di dalam gerakan membaca. Beliau memberikan beberapa idea yang berkisar kepada perkataan READ, yang dikhususkan kepada setiap pihak, seperti keluarga, guru, pustakawan, malah nenek dan atuk, untuk membantu para kanak-kanak mencintai buku dan pembacaan.

Yang lebih menarik kerana beliau juga mempromosikan buku-buku bukan fiksyen (yang dalam pada itu tidak pula menidakkan kepentingan buku-buku fiksyen) di dalam menu pembacaan kanak-kanak. Katanya, buku-buku bukan fiksyen (termasuklah buku, katalog, resepi, suratkhabar, majalah dan sebagainya) juga dapat membantu kanak-kanak untuk lebih lahap membaca dan menuntut ilmu, turut menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.

Saya dan isteri secara tidak terancang juga telah lama mempraktikkan kaedah pembacaan ini untuk anak-anak kami. Telah saya beli hampir RM4,000 ensiklopedia kanak-kanak seperti Grolier, dan hasilnya anak-anak kami apabila bertanya, selain daripada dijawab sendiri oleh saya dan isteri, mereka juga akan disuruh untuk mencari jawapannya sendiri di dalam ensiklopedia atau sumber-sumber lain. Secara tidak langsung, kami memberi mereka pancing dan bukannya ikan.

Antara lain, Eyeopeners! juga memberi ilmu berkaitan:
  1. READ - four steps to fuel curiosity and foster reading
  2. TLC - the Total Literature Connection, to link fact and fiction for fun and information
  3. Hints to help you find the right book, including how to judge a book by its cover and nine other clues
  4. 150 tips for parents, grandparents, and other educators for exciting book-based activities - from baking bread to watching wildlife

4 comments:

fusarium solani said...

Salam,
Tuan,

Selalu baca tulisan tuan di dada akhbar. Tahniah. Semoga terus maju jaya dalam mendidik khalayak umum dengan blog ini.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Terima kasih fusarium kerana memberikan sokongan.

Unknown said...

Salam alaik tuan,

tengok kulit pun saya dah berkenan.

tak nak jualkan ke satu buah kat saya?

saya pun suka baca buku yg macam tu.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

kakchik: kalau nak saya boleh berikan percuma.