Monday, June 2, 2008
Hadiah Buat Kirin
'Hadiah Buat Kirin' merupakan sebuah novel tulisan ayah yang telah diterbitkan oleh DBP pada tahun 1989. Ketika itu, saya dan adik-beradik masih lagi bersekolah. Novel ini mengisahkan hubungan kami adik-beradik dengan kucing-kucing kesayangan kami. Ia adalah berkisar kepada kisah benar. Cuma, ditokok-tambah untuk mengindahkan lagi jalan ceritanya.
Ketika baru tiba dari Kuala Lumpur, sabtu yang lalu, terkejut apabila melihat kulit novel ini yang sudah berubah. Rupa-rupanya ia telah diulang-cetak. Edisi ini merupakan cetakan ketiga (2008). Cetakan pertama pada tahun 1989, dan cetakan kedua pada tahun 1992.
Saya membesar dengan buku-buku tulisan ayah. Oleh kerana kebanyakkan novel yang ayah tulis adalah cerita kanak-kanak, maka imaginasi kehidupan saya turut sedikit-sebanyak dipengaruhi oleh nilai-nilai yang cuba ayah terapkan di dalam setiap novel-novelnya.
Kini buku-buku sedemikian sudah kurang adanya di pasaran. Bukannya tiada langsung. Masih ada, tetapi kuantiti dan kualitinya berkurangan. Penulis-penulis sezaman ayah seperti Allahyarham Dr. Othman Puteh, Matlob, Mohd. Ismail Sarbini (yang banyak menulis novel-novel remaja), Zailani Taslim (sekadar menyebut beberapa nama), sememangnya banyak mewarnai perwatakan remaja ketika itu. Dan mereka inilah generasi yang ada sekarang menjadi teknokrat, saintis, budayawan dan berbagai lagi kerjaya, malah ada di antaranya telah menjadi penulis muda mapan!! Yang menariknya, kebanyakkan penulis-penulis ini telah dilonjakkan namanya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
DBP telah memainkan peranannya. Dan saya amat berharap DBP akan terus memainkan peranannya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pak Matlob diserang stroke 2 minggu sebelum Aidilfitri baru-baru ini
Post a Comment