Thursday, June 5, 2008

Persidangan Penerbitan Buku Kanak-Kanak Asia-Pasifik 2008

Saya menyampaikan jemputan Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia yang dikirim melalui e-mail:


Asia-Pacific Conference on Children's Book Publishing 2008

1-3 Julai 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.

Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) dengan kerjasama International Board on Books for Young People (IBBY) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Persidangan Penerbitan Buku Kanak-kanak Asia-Pasifik 2008. Persidangan ini akan diadakan pada 1- 3 Julai 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.

Tema: Menginspirasikan Minda dan Kreativiti Kanak-Kanak (Inspiring Young Minds and Creativity).

Tujuan: Persidangan ini akan membincangkan isu-isu penting tentang perbukuan kanak-kanak dan remaja dengan menemukan para penggiat sastera dan perbukuan kanak-kanak khususnya penulis, penerbit, editor, ilustrator, pemasar buku, pendidik, pustakawan, penyelidik dan ibu bapa.

Aktiviti: Persidangan akan meliputi pembentangan kertas kerja, bengkel dan pameran. Penceramah jemputan dari IBBY serta beberapa penceramah dari organisasi lain akan membentangkan kertas kerja. Empat bengkel akan diadakan serentak dan setiap satu akan memberi tumpuan pada bidang-bidang tersendiri iaitu penulisan, ilustrasi, promosi dan aktiviti pembacaan dan pemasaran buku. Ruang pameran disediakan untuk memperagakan poster atau bahan-bahan penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Pada hari akhir persidangan, anda dijemput untuk menyertai acara lawatan ke studio seni dan organisasi penerbitan.

Penyertaan: Pihak penganjur mempersilakan anda untuk menyertai persidangan ini sama ada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja. Borang pendaftaran yang telah lengkap hendaklah dikemuka kepada: Urus Setia Persidangan : Pn Suzliana Abd Hamid/Cik Norhafidah Ehawan. Faks: 03-55196045 atau e-melkan kepada: sufiaz27@yahoo.com atau afida_e20@yahoo.com atau secretariat@mbby.org

Yuran Persidangan: USD250.00 (Peserta Luar Negeri); RM600 (Peserta Tempatan). Yuran termasuk kit persidangan, jemputan Majlis Perasmian, Majlis Makan Malam serta jamuan sepanjang Persidangan/bengkel. Bayaran boleh di buat melalui tunai/LO/cek di atas nama: "Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia" atau melalui Public Bank : No Akaun 3132226416

Pertanyaan: Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran, sila hubungi Puan Suzliana Abd Hamid / Cik Norhafidah Ehawan di talian 03-55197667 ext 128 /202. Emel : sufiaz27@yahoo.com atau afida_e20@yahoo.com

Pembicara Jemputan:

· Ellis Vance (USA): Timbalan Presiden IBBY, penggerak USBBY dan Pengarah Projek California Learning Resource Network.

· Dr Ira Saxena (India): Ahli Exco IBBY, pakar psikologi kanak-kanak, pemenang Shankar Award for Writing dan perintis penubuhan IBBY India.

· Dato' Mohd Nor bin Khalid (Dato' Lat): Tokoh kartunis Malaysia yang telah mencipta nama di peringkat antarabangsa.

· Surekha Panandiker (India): Penggiat Persatuan Penulis dan Pelukis Buku Kanak-kanak India dan penggerak Projek Buku Kanak-kanak.

· Dr Sheikh Muszaphar Shukor (Angkasawan Negara): tokoh muda yang memberi inspirasi kepada kanak-kanak dan remaja.


Sekretariat
Majlis Buku Kanak-Kanak & Remaja Malaysia (MBBY)
d/a Perpustakaan Raja Tun Uda
Persiaran Bandaraya
40572 Shah Alam.
Tel: 03-5519 7667 samb. 128 / 131
Faks: 03-5519 6045

No comments: