Tuesday, November 4, 2008

Flushed......


Saya 'berjaya' membaca buku ini dalam masa sehari. Flushed: How the plumber saved civilization ini saya beli semasa jualan gudang MPH, dengan harga RM15.00. Sebuah buku yang amat menarik, walaupun topik yang dibicarakan itu berkisar tentang tandas - yang menurut pengarangnya, W. Hodding Carter, tandas seolah-olah taboo kepada kebanyakkan orang. Malah, bagi saya sendiri, apabila terfikirkan tandas ketika mahu menyuap makanan, akan terasa 'loya' di tekak apabila mengenangkan apa yang sedang berlaku di dalam mangkuk tandas tersebut.

Namun buku ini membawa perspektif baru tentang tandas dan sistem yang berkaitan dengannya. Hodding menulis buku ini dengan baik sekali. Beliau menulis sebuah buku ilmiah di dalam bentuk novel. Malah, bukan sekadar hanya dengan merujuk kepada beberapa buah buku yang dibacanya untuk mengulas tentang sejarah dan peranan tandas dan sistemnya kepada tamadun manusia, malah beliau turut mengembara ke London, India dan beberapa negeri di US, hanya untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang keadaan tandas masa silam dan apa yang sedang berlaku di dunia sekarang.

Selesai membaca buku, membuat saya terfikir berkali-kali tentang kebenaran kata-kata Hodding. Bahawa tempat yang kita fikir busuk dan kotor, adalah disebabkan oleh sifat dan perangai kita sendiri. Maka, kerana itulah kita menganggap kerja-kerja seorang 'plumber' kotor dan menjijikkan. Tetapi Hodding berjaya membawa saya kembali ke masa silam, ketika mana sungai Thames yang dikatakan pada ketika itu terkotor di dunia, tercemar disebabkan oleh sistem kumbahan London yang tidak terurus dan tidak bersistematik. Tetapi, dengan kebijaksanaan beberapa tokoh jurutera dan juga 'plumber', berjaya menjadikan sungai Thames antara sungai terbersih sekarang ini. Apa yang terjadi di India sekarang, menurut Hodding, terutamanya di sungai Ganges, yang dianggap suci, tetapi sebenarnya terlalu kotor kerana segala bentuk najis dibuang di situ, mengulangi sejarah hitam Sungai Thames.

Lalu saya terfikir, apa yang sedang berlaku di sungai Kelang ini, akan menjadi satu sejarah silam kepada masyarakat setempat, sekiranya ada pihak yang berusaha untuk membersihkan sungai ini, malah akan menjadi tumpuan utama ikan-ikan sungai berenang dengan segala keindahan landskap sekitarnya.

4 comments:

Mohd Faizal said...

Ini antara kelebihan orang barat. Suka mengkaji dengan teliti..Walaupun subjeknya kelihatan remeh temeh, sebuah buku yang 'detail' tentang tandas dan kumbahan terhasil!

Adakah penulisnya seorang ahli akademik?

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

bukan seorang ahli akademik. Hanya seorang wartawan

Anonymous said...

Ada belek-belek juga buku itu di jualan gudang MPH. Tapi tak beli. Rasa rugilah pula...

Adlan said...

sungai klang.. memang takde harapan kalo takde tindakan yg diambil dr sekarang. jeles tgk clarke quay di singapore yg sgt bersih.. ambil contoh negara jiran pun cukup..