Monday, January 12, 2009

Hasil perbincangan meja bulat bukuonline


Semalam, komuniti bukuonline bersidang. Yang hadir: Sayed Munawar, Rahimi, Ustaz Fadli, Shaharom TM Sulaiman, Hj. Hassan Hamzah dan Ali Dina. Antara hasil perbincangan kami ialah:
  1. Menyokong penuh program Di Luar Lingkungan (TV1) kelolaan Sayed Munawar.
  2. Untuk itu, portal bukuonline digerakkan semula yang beralamat di http://bukuonline.net
  3. Merancang beberapa aktiviti bersama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor, yang berkemungkinan besar akan dimulakan dengan Seminar Pencinta Buku Malaysia ketiga. Siri seminar ini telah bermula dari tahun 2006 (dengan Seminar Pencinta Buku Malaysia Pertama menghasilkan buku Pesona Pencinta Buku Malaysia), dan pada tahun 2007 (dengan Seminar Pencinta Buku Malaysia Kedua). Namun tahun 2008, disebabkan perkara-perkara tertentu, ia tidak dapat diadakan.
Selepas tamat perbincangan, saya bertapa dengan ustaz Fadli untuk mempelajari CMS (Content Management System) secara gerila, untuk mengaktifkan semula portal bukuonline. Walaupun merangkak, namun ustaz memang mencurahkan segala ilmunya secara berkesan kepada saya.

3 comments:

fadzil yusof said...

salam

wah, ustaz saya ada situ. ustaz rahimi. sangat baik...sekian kaki buku

SITI ZAINON ISMAIL said...

Ayuh, buat acara diskusi buku di Kuala Selangor/Tanjung Karang? Saya dah berjumpa dengan tuan ADO dan Tuk Penghulu daerah di Kuala Selangor, mereka menyokong kegiatan Adat Warisan Selangor, antaranya mencari tapak (rumah JKR) untuk dijadikan ruang kegiatan ilmu.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

cadangan yang bagus prof...nanti saya panggil mesyuarat bukuonline dengan segera untuk memperincikan cadangan tersebut