Sunday, March 1, 2009
Hari Melawat Planeterium
Seperti biasa juga, hujung minggu adalah untuk bersantai dan membawa anak-anak dan mak anak-anak mengunjungi tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur. Hari ini, planeterium menjadi sasaran. Oleh kerana anak-anak amat meminati angkasa lepas, maka tentunya planeterium menjadi tempat yang sesuai.
Namun, agak hampa apabila melihat bangunan yang begitu besar tersergam indah di atas bukit di tengah-tengah Kuala Lumpur itu lengang dengan pengunjung dan juga lengang dengan bahan pameran. Hanya ada pameran mengenai angkasa dan tentunya Sheikh Muzaphar di ruang pameran. Tidak dinafikan, pamerannya berjaya menarik perhatian saya sebagai seorang dewasa untuk mengenali aktiviti aeroangkasa, namun bagi anak-anak saya (terutamanya Ajmal Hadi) yang akhirnya keluar menangis kerana tidak puas hati dengan pameran angkasa, yang mungkin pada akal pendeknya itu mahukan lebih maklumat dan aktiviti yang lebih interaktif seperti di Petrosains. Memang saya akui juga, kekurangan itu amat mengecewakan saya, memandangkan kawasan dan bangunan yang besar, namun kurang aktiviti dan tentunya langsung tidak kelihatan sebarang jualan buku yang berkaitan!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment