Saya catatkan kembali di sini, tulisan saya di akhbar Utusan Malaysia tempoh hari berkaitan ulasan saya terhadap buku Za'ba: Patriot dan Pendeta Melayu yang diterbitkan oleh Yayasan Penataran Ilmu pada 1994:
Membaca merupakan antara aktiviti terpenting di dalam pendidikan. Pada zaman sebelum merdeka, kebanyakan buku ditulis di dalam bahawa Inggeris. Keadaan ini amat merisaukan Za'ba memandangkan bangsa Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung tidak berpeluang untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Za'ba mengkritik kerajaan Inggeris pada zaman itu. Beliau berusaha menyelesaikan masalah buku teks, buku pengetahuan umum dan kurikulum di dalam bahasa Melayu, juga berteraskan budaya Melayu.
Tentunya pada ketika itu, akhbar berbahasa Melayu memainkan peranan yang amat penting. Sehinggalah kita mencapai kemerdekaan. Pejuang-pejuang bahasa sekarang ini pun kebanyakkannya datang dari alumni akhbar itu.
Namun sejarah yang berlaku hari ini amat mendukacitakan. Pergerakan 100 ribu bantahan terhadap PPSMI terpaksa diadakan di tanah kita sendiri. Tanah Melayu. Ini terpaksa dilakukan kerana ini adalah usaha terakhir kita! Bangsa yang menjajah sudah tiada lagi di tanah Melayu, tetapi bangsa yang dijajah masih lagi hidup senang-lenang dan menghapuskan bangsanya sendiri!!
Dan sekiranya Za'ba masih dapat melihat, tentunya beliau kebingungan kerana apa yang ditulisnya sekitar 60 tahun yang lampau masih lagi relevan hingga sekarang. Bukan kerana beliau boleh melihat masa hadapan, tetapi kerana kita yang kebelakang. Dan amat mendukacitakan lagi, akhbar yang sepatutnya menjadi wadah terakhir umat Melayu itu, tidak lagi memainkan peranannya seperti pra-kemerdekaan dahulu.
Kita sudah kehilangan segala-galanya!!!!
No comments:
Post a Comment