Saya yang sebenarnya buta seni (walaupun saban bulan mengunjungi galeri seni), amat menghargai jemputan dan hasil usaha YM Raja Ahmad ke Galeri RA Fine Arts-nya semalam. Walaupun ia bukanlah aktiviti biasa seperti lazimnya saya dan rakan-rakan (LAKARIANGS) mengunjungi galeri ini sempena pelancaran sesuatu pameran lukisan, sebaliknya merupakan bicara seni sempena Persidangan Belia dan Keganasan (Youth and Terrorisme Conference). RA Fine Arts terlibat secara langsung sebagai galeri yang mengumpulkan hasil-hasil seni yang berkait rapat dengan tema persidangan.
Namun, seperti penduduk Palestin yang lainnya, Abdul Rahman sentiasa tersenyum. Malah ada di antara kami, apakah itu rahsia kepada kelahiran hasil-hasil seninya? Untuk berasa gembira, katanya adalah penting di dalam kemelut peperangan dan pembunuhan yang sentiasa berlaku di dalam masyarakatnya. Katanya lagi, kegembiraan adalah makanan mereka.
Saya memikirkan kembali tentang apa yang berlaku di Malaysia (malah di seluruh dunia) yang lebih aman daripada tempat-tempat yang dilanda musibah sedemikian. Di mana kebanyakkan daripada kita merasa tertekan pada situasi yang tidak munasabah, sehinggakan terlalu banyak kes 'sakit jiwa' dan 'sakit otak' di kalangan masyarakat negara kita, terutamanya.
Abdul Rahman telah berjaya membuka satu persepsi baru kepada saya mengenai keharmonian yang kadang-kala disalahgunakan oleh masyarakat kita sendiri.
No comments:
Post a Comment