Hari ini, seperti biasa di hujung minggu, saya membawa isteri dan anak-anak (Pasukan Pengembara Khairiyah Ibnu Has-Yun) berjalan-jalan sambil belajar di sekitar KL. Kali ini ke Pusat Sains Negara (PSN) di Bukit Kiara.
Alhamdulillah, anak-anak begitu gembira dengan semua aktiviti yang dijalankan di situ. Apatah lagi, dalam bahasa ibunda yang mereka amat faham. Syukur, kerana PSN masih lagi suci daripada dikotori oleh tangan-tangan dan minda-minda mereka yang masih dijajah oleh British dan YAHUDI.
Saya terfikir, alangkah indahnya jika subjek sejarah juga dapat diperlakukan sepertimana sains yang telah disuburkan dengan adanya PSN dan Petrosains. Jika dapat saya cadangkan kepada Jabatan Muzium, satu PUSAT SEJARAH NEGARA yang fungsinya mirip seperti Pusat Sains Negara diwujudkan. Sejarah juga perlu dikreatifkan!
Cuma sayangnya, seperti biasa, tiada buku dijual di kedai cenderamatanya....
No comments:
Post a Comment