Tuesday, March 24, 2009

The Green Gazette sudah terbit

Usai mesyuarat SPBM3 di Shah Alam tengah hari tadi, terus pulang ke pejabat. Dan terkejut melihat beberapa helai kertas terselit di bawah pintu bilik. Lantas, diambil dan dibaca. Alhamdulillah, risalah pertama keluaran Green Team (pasukan hijau universiti tempat saya mengajar) telah terbit. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang diketuai Kim itu. Begitu seronok apabila membacanya, apatah lagi dengan beberapa tip 'hijau' yang dikupas elok dengan bahasa Inggeris yang sempurna, ditulis sendiri oleh pelajar-pelajar universiti ini. Insya Allah, akan saya sumbangkan artikel pada masa hadapan.

2 comments:

fusarium solani said...

Dulu kami di USM ada akhbar Berita Kampus. Kamilah pengarang,kamilah pengiklan:) Satu pengalaman kerja yang benar ditangguk di zaman universiti.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

begitu juga pengalaman saya di UTM satu ketika dahulu, menerbitkan risalah Message. Kamilah penulis, kamilah pencetak, dan kami jugalah pengedar.....