
3 hari ini tak sempat membaca. Penat minda berbengkel menyiapkan belanjawan RMK9 untuk dibelanja bagi 3 tahun ini.
Hari ini saya dan sahabat-sahabat pendukung utama komuniti bukuonline.org (Ali Dina dan Dr. Abu Hassan Hasbullah) ke Jelebu, untuk memenuhi jemputan dari Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - perasmian bangunan baru Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu oleh Menteri Besar Negeri Sembilan bersama-sama dengan kehadiran Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Dr. Rais Yatim, seperti kebiasaannya di dalam kata-kata aluan, tentunya meninggalkan sesuatu kesan yang amat penting di dalam ucapannya. Kali ini beliau mengetengahkan pendapat bahawa sesuatu tamadun itu bermula dengan budaya membaca. "....dari bukulah kita menjadi pandai, dari membacalah ia menjadi tamadun..."
di ruang perpustakaan baru itu, yang antara lainnya merakamkan antara aktiviti bukuonline.org yang telah berjaya dilaksanakan bersama Perpustakaan Awam Negeri Sembilan pada tahun 2006 yang lepas. Dan janji kami kepada perpustakaan, bukuonline.org akan kembali ke Negeri Sembilan tahun depan untuk memperhebatkan lagi gelombang membaca di negeri tersebut.
Apa yang menarik perhatian saya adalah kepada salah-sebuah kertas kerja yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi dengan kertas kerjanya bertajuk The Massification of Architectural Knowledge: Strategies for the Production of Books, Media Articles and Publication Spin-Offs.
Alhamdulillah, artikel pertama saya terbit di dalam majalah Milenia Muslim keluaran Disember 2007. Saya menulis artikel yang bertajuk Manusia: Daya Penggerak Gelombang Membaca, yang akan menfokuskan kepada teori yang cuba saya ketengahkan mengenai bagaimana gelombang membaca dapat diwujudkan. Dapatkan ia dipasaran.
Sebuah hadiah buku dari ayah dan ibu yang baru pulang dari Ireland, melawat adik yang baru melahirkan anak di sana.
Di Dublin, tidur semalaman. Dan berjalan-jalan di sekitar bandarnya yang lebih kelihatan seperti di sekitar kawasan Pudu Raya!
Semalaman tak tidur menanda kertas peperiksaan akhir. Memang sah kata-kata Gandhi. Rata-ratanya yang buruk tulisan memang dapat markah yang rendah, dan sudah tentu yang cantik tulisannya dapat markah penuh. Tentunya yang membaca dan menanda inilah yang sakit kepala!
An Autobiography or the story of my experiments with truth, merupakan sebuah buku karya Mahathma Gandhi. Ia merupakan sebuah buku lama, yang ditulis sendiri mengenai riwayat hidup Gandhi. Diterbitkan di India pada tahun 1927, tetapi salinan yang ada pada saya sekarang ini merupakan terbitan terkini bertarikh November 2006. Sehingga buku ini diterbitkan, ia telah dicetak sebanyak 12, 840,000 cetakan. Manakala edisi asalnya (1927) tercetak sebanyak 6000 cetakan.
Terima kasih HP Compaq NX9000, yang telah banyak membantu saya. Terutamanya di dalam mendapatkan Master dulu, juga dalam bidang pekerjaan dan minat saya di dalam dunia penulisan. Sememangnya NX9000 ini begitu berharga di dalam kehidupan saya. Ke mana-mana saja saya pergi, NX9000 sentiasa di sisi. Tahan lasak, dan tidak pernah meragam.