Wednesday, April 1, 2009

Mari berPesta!

17hb - 26hb April nanti, akan berlangsunglah satu lagi pesta yang amat dinanti-nantikan oleh pencinta ilmu (dan tentunya buku!), Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, yang bertemakan Buku: Lakaran Masa Depan.

Bersesuaian dengan tema itu jugalah, komuniti bukuonline akan menganjurkan FORUM MALAYSIA MEMBACA yang akan diadakan pada 25 April 2009 (jam 12:00 - 1:00 tengah hari), bertempat di Dewan Utama PBAKL (di PWTC), yang akan memfokuskan perbincangan forum kepada tajuk PESONA BUKU MELAYU: MASA KINI DAN MASA HADAPAN.

Masuk adalah PERCUMA. Dan kepada semua pencinta bangsa dan bahasa, ayuh ke mari, dan mari kita tunjukkan semangat juang bangsa-bahasa kita sepertimana yang pernah ditunjukkan oleh pejuang bangsa-bahasa kita dahulu.

* berita selanjutnya akan menyusul kemudian

6 comments:

Mohd Faizal said...

Ini yang buat rindu kat Malaysia nih..terlepas saya 4 tahun PBAKL..

Apa-apa pun, selamat berpesta..jangan lupa upload gambar tuan..

hehe

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

mari la balik kejap...boleh minum kopi sambil berpesta ilmu!

Gelombang Rakyat said...

Pesta ya..!

zainulm said...

Buku.... alamak... trauma tuee... aku nie payah skit baca buku.. lagie kalu buku tue tak der gambar... alamat kejep lelap lerr.. huuuuhhh... laaa niee akuu terpaksa baca buku yang tak bergambarrr... ooohhh tiddakkkkkkk

fusarium solani said...

Mari-mari sediakan poket tebal -tebal:)

KR said...

Harapnya ada diskaun yang bagus.

Selalunya bila nama Pesta, harga bukan makin turun, tapi makin naik ada la.