Friday, April 17, 2009

Hari pertama berPesta Buku


Seawal 10 pagi, sebaik-baik sahaja dibuka pintu PWTC, saya dan seorang sahabat terus memasuki ruang ilmu - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pun bermula!!!

Untuk itu, secara rasminya juga ingin saya maklumkan di sini bahawa sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, komuniti bukuonline.net akan menganjurkan FORUM MALAYSIA MEMBACA:

Tarikh: 25 April 2009 (Sabtu)
Masa: 12 - 1 tengah hari
Tempat: Pentas Utama PBAKL
Panelis: Datuk A. Samad Said dan Faizal Tehrani
Moderator: Sayed Munawar
Tajuk: PESONA BUKU MELAYU


Juga secara rasminya juga telah saya beli beberapa buah buku di hari pertama pesta:


  1. Telaga Budi (Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat)
  2. Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat (Abdul Shukur Haron & Annual Bakri Haron)
  3. Buit Duit dengan Cacing Tanah (Mohamad Saat Sukami)
  4. Sejarah Tamadun Islam Jilid 1-14 (Abu Al-Fida Al Hafiz Ismail ibn Kathir)

11 comments:

m.q said...

cadangnya sy nk p klibf hr sabtu ni
(^_^)

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

esok pergi lagi...bawa anak-anak dan isteri pula :)

m.q said...

wahhh...second round pulak ye?

hmm..nti nk try tanya aliff, dia nk pergi ke tidak :)
d more d merrier
hihihih..

WeBViDeOKLiP said...

jom pi pesta buku

joegrimjow said...

pesta bacaan telah bermula

fusarium solani said...

salam,
tuan, patutnya telefon saya dulu sebelum gerak ke pesta buku!:P

aliff sibuk sangat hujung minggu ini (keluarga dan aktiviti kelab basikal).

mungkin hari-hari lain aliff ke sana.

selamat mengempiskan poket!

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

kalau gitu, ayuh ke Forum Malaysia Membaca pada 25 April ni kat pentas utama PWTC sempena PBAKL ni...

Aliff said...

Insyallah, kita jumpa di sana hujung minggu ini!

geostamps said...

Berapa harga satu set kitab Ibnu Kathir tu ?

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

RM 1200.00, tapi boleh bayar ansuran RM 100 setiap bulan (sehingga 12 bulan).

geostamps said...

Terima kasih atas info yang diberikan. Kitab itu amat komprehensif dan sarat dengan maklumat dan fakta.