Wednesday, October 31, 2007

Buku yang hilang


Baru sempat membacanya dua hari...sekarang entah ke mana menghilangnya. Buku yang sedap dibaca (walaupun pengarangnya cuba mengungkit kembali peristiwa 9/11 yang juga dikaitkan dengan 11/9 pula! The World is Flat, yang saya cuba habiskan dan ratahnya, entah menghilang ke mana. Habis dicari. Di rumah, di dalam kereta, di pejabat, di dalam beg sandang kembara.....kata isteri, mungkin di'curi' kanak-kanak yang menduduki rumah saya sekarang ini. Apa-apa pun sekiranya tak bertemu langsung, maka perlu membelinya semula!

4 comments:

Anonymous said...

Kanak-kanak yang menduduki rumah sdr? Menarik tu...

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Memang menarik...'kanak-kanak' yang tidak boleh dilihat mata kasar. Tetapi, Alhamdulillah, tidak pernah mengganggu, cuma kadang-kala nakal menghilang barang dan mengembalikannya, dan pernah juga main-main mikrowave.....

Unknown said...

Kalau dah hilang pun sanggup dibeli semula, maknanya buku ini memang benar-benar bagus!

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Memang ia sebuah buku yang bagus dan menarik untuk dibaca, JR. Alhamdulillah, si 'kecik' dah memulangkan buku itu kepada saya, yang tempat jumpanya telah puluhan kali saya mencarinya di situ.