Thursday, October 25, 2007

Membaca Globalisasi

Sedang membaca The World is Flat. Diperkenalkan kepada saya oleh Keith Thong, pemilik University Bookstore Sdn. Bhd. (UBSD) ketika saya dijemput berucap di hari akhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 yang lalu. Tetapi, baru saja membelinya menjelang raya yang lepas.

Membaca The World is Flat, ialah membaca bagaimana proses globalisasi sedang berlaku di dunia kini. Ia umpama sebilah pisau. Yang gunanya sama ada untuk tujuan kebaikan seperti memotong bahan-bahan masakan, atau juga boleh digunakan untuk kejahatan, seperti membunuh.

Globalisasi juga adalah antara 9 cabaran utama di dalam merealisasikan Wawasan 2020. Ada juga yang mengatakan ia umpama satu penjajahan baru, kali ini di dalam bentuk ekonomi. Negara-negara besar akan mendapat manfaat yang banyak, sebaliknya negara-negara miskin akan terus miskin (boleh membacanya di dalam jurnal PEMIKIR, terbitan Utusan Publication).

Sebaliknya, di dalam The World is Flat, penulisnya cuba mengetengahkan idea-idea 'outsourcing' (yang kebetulan memang topik yang saya ajar di universiti - yang amat berkaitan dengan jurusan saya) dan beberapa terma-terma baru yang diciptanya.

Misalnya, warga Amerika yang sering menggunakan khidmat telefon, contohnya untuk mendapatkan bantuan tentang kerosakan komputer mereka. Khidmat 'call centre' yang telah diswastakan (outsourcing) kepada India. Bayangkanlah anda di Amerika, tanpa disedari mendapatkan bantuan tentang masalah-masalah harian anda yang telah diselesaikan oleh masyarakat India, di India!

Saya masih membaca buku ini, dan semestinya banyak lagi ilmu yang akan diterokai. Nanti saya kupaskan lagi.

2 comments:

Cik Peesha said...

Saya pun memiliki buku ini ... Namun, setelah habis satu bab pertama, bacaan saya terhenti, momentum dia pun lari ... Nak cari balik, payah rasanya.

Ya, dalam sedar ataupun tidak, kehidupan kita telah banyak yang di'outsource' kan ... Masalahnya, bila sesuatu yang buruk berlaku, cepat benar kita melatah menyalahi apa yang berlaku, namun kita jarang mahu sedar kita sebenanya yang membuka peluang itu :p

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Cuba baca lagi....banyak lagi yang menarik di dalam bab-bab yang seterusnya..