Monday, March 2, 2009

Elak jadi ulat buku

Tajuk topik ini benar-benar menangkap perhatian saya apabila menyelak akhbar Utusan Malaysia hari ini di mukasurat 27:

WANGSA MAJU 1 Mac - Para pelajar diingatkan supaya tidak hanya menjadi 'ulat buku' kerana ia tidak menjamin mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah berkata, terlalu menumpu perhatian kepada akademik akan menyebabkan seseorang pelajar itu tidak cemerlang dari segi sahsiah diri dan pergaulan.

Katanya, tanpa penampilan yang baik, keyakinan tinggi dan mampu memotivasikan diri, pelajar berkenaan tidak akan mampu berdikari dan menghadapi pelbagai cabaran luar hanya dengan berbekalkan kecemerlangan akademik.

'Pelajar-pelajar masa kini perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris dan bijak berhadapan dengan masyarakat serta tidak lupa jati diri dan asal-usul.

"Apabila kesemua sifat-sifat ini bergabung, ia bakal melahirkan pelajar-pelajar yang hebat sekali gus menjadikan mereka aset yang penting kepada negara" katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kawasan Wangsa Maju di Sekolah Menengah Wangsa Melawati di sini hari ini..

bla..bla..bla....

hmmm......

6 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Salam Tuan,

Macam mana nak bagus Bahasa Inggeris kalau tidak dengan membaca?

Macam mana hendak bagus berkomunikasi kalau tidak dengan membaca?

Macam mana hendak mempertahankan asal-usul kalau tidak dengan membaca kisah sejarah lampau?

Macam mana hendak menjadi doktor dan menjawat jawatan besar dalam politik kalau tidak dengan membaca?

Saya pening dengan kenyataan beliau!

Anonymous said...

Tak sangka ya, rupanya memang kurang berkualiti kita ni yang tergolong sebagai ulat buku! Tak kisahlah yang buku itu sebenanrnya membina peribadi mulia sekalipun. Mengapa tak katakan sekali, yang ulat buku adalah pencetus gejala sosial masa kini!!!

Mohd Faizal said...

Patutlaa ramai yang jadi ulat rempit, ulat buli, ulat rasuah,ulat politik dan segala macam ulat lain..rupanya ulat buku tak menjamin sangat sahsiah diri..

..sigh..

Adlan said...

salam..
pedulikanla apa orang nak cakap. tapi tanpa ilmu pengetahun, seseorang itu tak kemana..

mula minat membaca sejak masuk UIA.. hehe

fusarium solani said...

Salam,
Tuan Khairusy,

Sebab jadi ulat buku, saya boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Kerana membaca saya bagus dalam menulis rasa dan fakta.

Berani mempertahankan asal usul sebab suka sejarah.

Mampu jadi seorang penerbit drama kerana gila baca novel.

Namun tak pernah pula saya GAGAL kerana habis duit dengan membeli buku.

Gagal sebab terlupa siapa diri sendiri adalah.

Pandai sungguhlah ahli politik ini.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Saya sebenarnya masih terkedu untuk memberi sebarang komen tentang sikap dan mentaliti orang politik ini. Kata orang putih...speechless!!