Monday, March 23, 2009

Aktiviti seminggu

Longgokan buku di Jualan Gudang MPH

Seminggu berlalu pantas. Ke utara dan selatan. Pulang ke Kangar untuk ambil Datsun, kemudian ke KL semula, terus ke Johor Bahru bertemu supervisor, kembali ke KL untuk bentang kertas kerja di Seminar E-Komuniti (tajuk kertas kerja: Kepentingan Penggunaan e-komuniti Sebagai Pelengkap Rancangan di Media Elektronik: Pengalaman tv1 dan Bukuonline), kemudian pulang ke Batu Pahat, ke Durian Tunggal, dan bermesyuarat bukuonline di Taman Tun Hussein Onn dan akhirnya tersadai semula di KL.

Ketua Dua bukuonline (Ali Dina) sedang merancang aktiviti bersama Ketua Satu bukuonline (Shaharom TM Sulaiman)

Tetapi sempat menjenguk Jualan Gudang MPH, Jumaat lepas. Membeli beberapa buah buku:
  1. Married to the brand: Why consumers bond with some brands for life (William J. McEwen)
  2. Tintin Volume 2
  3. The Lexus and the olive tree (Thomas Friedman)
  4. From Beirut to Jerusalem (Thomas Friedman)
  5. Not built in a day: Exploring the architecture of Rome (George H. Sullivan)
  6. Kasih disemai sayang dituai.

3 comments:

KINAS said...

pastu..hari pg kaed x?

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

sedang menatap komputer di bilik pejabat

fusarium solani said...

aduh, yang membaca pun dah penat.......bertenaga sungguh!