Monday, March 30, 2009

Mengapa tidak belajar matematik dalam Bahasa Melayu?

Satu pemerhatian yang menarik telah dikupas oleh Malcolm Gladwell dalam buku terbaru beliau, Outliers:

...In English, we say fourteen, sixteen, seventeen, eighteen and nineteen, so one might expect that we would also say oneteen, twoteen, threeteen, and fivteen. But we don't. We use a different form: eleven, twelve, thirteen, and fifteen. Similarly, we have forty and sixty, which sound like the words they are related to (four and six). But we also say fifty and thirty and twenty, which sort of sound like five and three and two, but not really. And for that matter, for numbers above twenty, we put the 'decade' first and the unit number second (twenty-one, twenty-two), whereas for teens, we do it the other way around (fourteen, seventeen, eighteen). The number system in English is highly irregular. Not so in China, Japan and Korea. They have a logical counting system. Eleven is ten-one. Twelve is ten-two. Twenty-four is two-tens-four and so on.

That difference means that Asian children learn to count much faster that American children. Four years old Chinese children can count, on average, to forty. American children at that age can count only to fifteen, and most don't reach forty until they're five. By the age of five, in other words, American children are already a year behind their Asian counterparts in the most fundamental of math skills.

.....Ask an English speaking seven year old to add thirty-seven plus twenty-two in her head, and she has to convert the words to numbers (37 + 22). Only then can she do the math: 2 plus 7 is 9 and 30 and 20 is 50, which makes 59. Ask an Asian child to add three-tens-seven and two-tens-two, and then the necessary equation is right there, embedded in the sentence. No number translation is necessary: it's five-tens-nine.

Saya cuba membuat pengiraan ini di dalam Bahasa Melayu pula, perbandingan dengan English dan bahasa cina:

English: thirty-seven plus twenty-two ....pelajar lebih lambat untuk menjawabnya, kerana seperti mana yang dikupas oleh Gladwell di perenggan pertama di atas.

Cina: three-tens-seven plus two-tens-two...pelajar lebih pantas menjawab, dan terus faham kerana jawapan telah tersedia di dalam bentuk bahasa ini.

BM: tiga puluh tujuh campur dua puluh dua.....pelajar juga tentu lebih pantas menjawab, kerana bentuknya sama seperti tulisan cina.

Penggunaan bahasa Melayu adalah berpadanan dengan penggunaan bahasa Cina. Anda faham?

Sunday, March 29, 2009

Mesyuarat Bukuonline

Mesyuarat bukuonline hari ini dihadiri Shaharom TM Sulaiman, Ali Dina, Rahimi dan saya. Berbincang lanjut tentang Seminar Pencinta Buku Malaysia ke-3 (yang akan dianjurkan pada 14 Mei 2009) dan Forum Malaysia Membaca ke-3 (yang akan dianjurkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 25 April 2009). Beberapa nama telah dikenalpasti. Dan Insya Allah, promosi akan dilakukan bermula 1 April nanti. Nantikan kemunculannya!

Juga membincangkan aktiviti-aktiviti Akademi Buku Malaysia.

Saturday, March 28, 2009

Jualan Gudang Payless

Terima email dari Payless:

Dear Khairusy,

PAY LESS BOOKS' Warehouse Sales is back in YMCA KL!!!

Venue: 1st Floor, YMCA Kuala Lumpur (Opposite KL Sentral)

95, Jalan Padang Belia, Off Jalan Tun Sambanthan, 50470 KUALA LUMPUR

Please click the link for map and further details: http://www.paylessbooks.com.my/events_4.html

Date: 3 - 5 April 2009 (Friday - Sunday)

Time: 10:00am - 7:00pm

JOM!

Tuesday, March 24, 2009

The Green Gazette sudah terbit

Usai mesyuarat SPBM3 di Shah Alam tengah hari tadi, terus pulang ke pejabat. Dan terkejut melihat beberapa helai kertas terselit di bawah pintu bilik. Lantas, diambil dan dibaca. Alhamdulillah, risalah pertama keluaran Green Team (pasukan hijau universiti tempat saya mengajar) telah terbit. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang diketuai Kim itu. Begitu seronok apabila membacanya, apatah lagi dengan beberapa tip 'hijau' yang dikupas elok dengan bahasa Inggeris yang sempurna, ditulis sendiri oleh pelajar-pelajar universiti ini. Insya Allah, akan saya sumbangkan artikel pada masa hadapan.

Seminar Pencinta Buku Malaysia ke-3

Seperti tahun 2007 dan 2006 yang lepas, Komuniti Bukuonline dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah menganjurkan Seminar Pencinta Buku Malaysia yang pertama dan kedua.

Tahun ini, 2009 sekali lagi Komuniti Bukuonline dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan menganjurkan SEMINAR PENCINTA BUKU MALAYSIA KE-3. Kali ini, ia akan diadakan pada bulan May. Insya Allah, pihak penganjur akan memaklumkan secara rasmi melalui portal bukuonline di alamat http://www.bukuonline.net

Monday, March 23, 2009

TINTIN

Antara komik yang suka dibaca semasa kecil-kecil dahulu ialah TINTIN. Terdapat beberapa siri TINTIN di rumah ayah, yang diterbitkan sekitar tahun awal 80an, yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Kunjungan saya ke Jualan Gudang MPH tempoh hari, menemukan saya semula dengan TINTIN. Memang sudah banyak sirinya diterbitkan semula. Namun, pada hari itu sahajalah terbuka semula hati saya untuk memiliki TINTIN yang berbahasa Inggeris. Lantas, semalaman di Batu Pahat hujung minggu itu dikhaskan untuk membaca habis TINTIN Volume 2, yang terkumpul bersama 3 sirinya: TINTIN in America, Cigars of the Pharaoh dan The Blue Lotus.

Amat menghiburkan, dan tentunya mengimbau kenangan manis semasa kanak-kanak!

Aktiviti seminggu

Longgokan buku di Jualan Gudang MPH

Seminggu berlalu pantas. Ke utara dan selatan. Pulang ke Kangar untuk ambil Datsun, kemudian ke KL semula, terus ke Johor Bahru bertemu supervisor, kembali ke KL untuk bentang kertas kerja di Seminar E-Komuniti (tajuk kertas kerja: Kepentingan Penggunaan e-komuniti Sebagai Pelengkap Rancangan di Media Elektronik: Pengalaman tv1 dan Bukuonline), kemudian pulang ke Batu Pahat, ke Durian Tunggal, dan bermesyuarat bukuonline di Taman Tun Hussein Onn dan akhirnya tersadai semula di KL.

Ketua Dua bukuonline (Ali Dina) sedang merancang aktiviti bersama Ketua Satu bukuonline (Shaharom TM Sulaiman)

Tetapi sempat menjenguk Jualan Gudang MPH, Jumaat lepas. Membeli beberapa buah buku:
  1. Married to the brand: Why consumers bond with some brands for life (William J. McEwen)
  2. Tintin Volume 2
  3. The Lexus and the olive tree (Thomas Friedman)
  4. From Beirut to Jerusalem (Thomas Friedman)
  5. Not built in a day: Exploring the architecture of Rome (George H. Sullivan)
  6. Kasih disemai sayang dituai.

Friday, March 13, 2009

Pencarian maklumat


Hari ini, saya bersama sahabat-sahabat saya, bro Handz dan bro Jasa, ke CIDB (Construction Industry Development Board) sebagai langkah pertama kami mencari maklumat untuk PhD masing-masing. Handz mencari maklumat berkaitan dengan Teknologi Maklumat, Jasa mengenai Quality dan saya mengenai Pengurusan Sampah.

bro handz sedang mengutip maklumat

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kami telah menemui satu-dua perkara penting di Pusat Sumber CIDB. Inilah kepentingan sesebuah pusat sumber bagi sesebuah industri seperti pernah saya tuliskan di Utusan Malaysia yang bertajuk Perpustakaan Khusus di Wilayah Pembangunan pada 17 Disember 2007.

Beli buku ITNM

Mendapat jemputan dari saudara AnuarManshor melalui Facebook ke Majlis Pelancaran Beli Buku ITNM:

Tarikh: 22 Mac 2009
Masa: 11 tengah hari
Tempat: Pulitzer Corner, MPH Mid Valley

Ayuh! Kita beli buku-buku ITNM pula!!

Thursday, March 12, 2009

Jualan Gudang MPH

Mendapat tahu berita penting ini dari laman web Arief Hakim, bahawa MPH akan mengadakan jualan gudang terbesarnya pada 14 Mac hingga 22 Mac 2009 ini.

Tempat: Mayang Plaza, PJ, Jalan SS 26/2, Taman Mayang Jaya, PJ

Program I Love Reading



Dua orang anak saya sudah boleh membaca. Si kakak, Nur Aqilah Has-Yun (darjah 3) sememangnya sudah amat lancar membaca. Manakala si adiknya, Ajmal Hadi Has-Yun (6 tahun) sudah agak lancar membaca, kecuali tidak fasih membaca buku-buku berbahasa Inggeris.

Ajmal memberikan sebuah buku bertajuk I Like to Eat.... kepada ibunya. Katanya cikgu meminjamkan buku ini kepadanya. Perlu dipulangkan esok. Dan satu lagi buku rekod pembacaan, I LOVE READING, untuk merekodkan pembacaannya.



Ini merupakan program terkini yang dilaksanakan sekolahnya. Menurut catatan gurunya di dalam 'buku komunikasi', program ini dikenali sebagai I Love Reading Project.



Untuk itu, terdapat 6 peraturan yang perlu diikuti:
  1. Book are to be handled with care
  2. Books may be borrowed for a period of no longer than 3 days at any time
  3. A fee may be imposed on books returned with torn pages or scribbles
  4. Books that are found missing at the time of return should be replaced with the same book or with the price equivalent to the book
  5. Pages are not to be folded or bent in any way
  6. Parent's signature is required when returning the book
Manakala objektif program ini ialah:
  1. To build up children reading habits
  2. To gain knowledge from reading
  3. To improve languages
  4. To educate them to take care of books
Sememangnya ini adalah program yang amat baik. Saya akan memastikan program ini diaplikasikan sepenuhnya oleh anak-anak saya, dan menyokong penuh usaha baik sekolah ini.

Saya pernah menulis satu artikel yang bertajuk Semai Minat Membaca Sejak Kecil di Utusan Malaysia pada 14/4/2008.

Wednesday, March 11, 2009

Outliers


Sedang membaca buku terbaru (ketiga) oleh Malcolm Gladwell yang bertajuk OUTLIERS. Gladwell adalah penulis buku bestsellers THE TIPPING POINT dan BLINK. Outliers merupakan buku ketiga tulisan beliau. Menarik untuk dibaca, kerana Gladwell yang merupakan seorang wartawan di The New Yorker dan pernah menjadi wartawan bahagian busines dan sains di Washington Post, menulis dengan terperinci namun mudah dibaca. Membaca buku-bukunya seolah-olah sedang membaca sebuah novel yang sukar untuk dilepaskan. The Tipping Point pernah menjadi rujukan utama saya untuk artikel-artikel yang bertemakan pembudayaan membaca.



Sunday, March 8, 2009

Kegembiraan mempelajari sains dalam Bahasa Melayu di PSN



Hari ini, seperti biasa di hujung minggu, saya membawa isteri dan anak-anak (Pasukan Pengembara Khairiyah Ibnu Has-Yun) berjalan-jalan sambil belajar di sekitar KL. Kali ini ke Pusat Sains Negara (PSN) di Bukit Kiara.

Alhamdulillah, anak-anak begitu gembira dengan semua aktiviti yang dijalankan di situ. Apatah lagi, dalam bahasa ibunda yang mereka amat faham. Syukur, kerana PSN masih lagi suci daripada dikotori oleh tangan-tangan dan minda-minda mereka yang masih dijajah oleh British dan YAHUDI.


Saya terfikir, alangkah indahnya jika subjek sejarah juga dapat diperlakukan sepertimana sains yang telah disuburkan dengan adanya PSN dan Petrosains. Jika dapat saya cadangkan kepada Jabatan Muzium, satu PUSAT SEJARAH NEGARA yang fungsinya mirip seperti Pusat Sains Negara diwujudkan. Sejarah juga perlu dikreatifkan!

Cuma sayangnya, seperti biasa, tiada buku dijual di kedai cenderamatanya....

Saturday, March 7, 2009

Mengapa jadi begini?

Za'ba telah begitu lama memperjuangkan Bahasa Melayu. Beliau juga begitu mengambil berat tentang bangsa Melayu dengan pendidikan agama Islam. Banyak tulisan beliau (dari tahun 1916 hingga 1923) mengkritik penjajah, dan tentunya amat prihatin terhadap kedudukan Bahasa Melayu. Akhbar Utusan Melayu telah memainkan perananya dengan baik sekali pada ketika itu.

Saya catatkan kembali di sini, tulisan saya di akhbar Utusan Malaysia tempoh hari berkaitan ulasan saya terhadap buku Za'ba: Patriot dan Pendeta Melayu yang diterbitkan oleh Yayasan Penataran Ilmu pada 1994:

Membaca merupakan antara aktiviti terpenting di dalam pendidikan. Pada zaman sebelum merdeka, kebanyakan buku ditulis di dalam bahawa Inggeris. Keadaan ini amat merisaukan Za'ba memandangkan bangsa Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung tidak berpeluang untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Za'ba mengkritik kerajaan Inggeris pada zaman itu. Beliau berusaha menyelesaikan masalah buku teks, buku pengetahuan umum dan kurikulum di dalam bahasa Melayu, juga berteraskan budaya Melayu.

Tentunya pada ketika itu, akhbar berbahasa Melayu memainkan peranan yang amat penting. Sehinggalah kita mencapai kemerdekaan. Pejuang-pejuang bahasa sekarang ini pun kebanyakkannya datang dari alumni akhbar itu.

Namun sejarah yang berlaku hari ini amat mendukacitakan. Pergerakan 100 ribu bantahan terhadap PPSMI terpaksa diadakan di tanah kita sendiri. Tanah Melayu. Ini terpaksa dilakukan kerana ini adalah usaha terakhir kita! Bangsa yang menjajah sudah tiada lagi di tanah Melayu, tetapi bangsa yang dijajah masih lagi hidup senang-lenang dan menghapuskan bangsanya sendiri!!

Dan sekiranya Za'ba masih dapat melihat, tentunya beliau kebingungan kerana apa yang ditulisnya sekitar 60 tahun yang lampau masih lagi relevan hingga sekarang. Bukan kerana beliau boleh melihat masa hadapan, tetapi kerana kita yang kebelakang. Dan amat mendukacitakan lagi, akhbar yang sepatutnya menjadi wadah terakhir umat Melayu itu, tidak lagi memainkan peranannya seperti pra-kemerdekaan dahulu.

Kita sudah kehilangan segala-galanya!!!!

Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia


Hari ini mengikuti Jasasikin ke UKM, untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan ke-6 Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia.

Thursday, March 5, 2009

Email yang dinanti-nanti

Terima email dari Payless, yang akan mengadakan jualan gudangnya. Maklumat lanjut seperti berikut:

PAY LESS BOOKS' Warehouse Sales is back in 3K Inn!!!

Venue: Hotel Hall, Ground Floor, Jalan 13/1, Subang Jaya, Selangor D Ehsan.

Date: 6 - 8 March 2009 (Friday - Sunday)

Time: 10:00am - 7:00pm

Log in to http://www.paylessbooks.com.my/events_4.html for further info.

Monday, March 2, 2009

Elak jadi ulat buku

Tajuk topik ini benar-benar menangkap perhatian saya apabila menyelak akhbar Utusan Malaysia hari ini di mukasurat 27:

WANGSA MAJU 1 Mac - Para pelajar diingatkan supaya tidak hanya menjadi 'ulat buku' kerana ia tidak menjamin mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah berkata, terlalu menumpu perhatian kepada akademik akan menyebabkan seseorang pelajar itu tidak cemerlang dari segi sahsiah diri dan pergaulan.

Katanya, tanpa penampilan yang baik, keyakinan tinggi dan mampu memotivasikan diri, pelajar berkenaan tidak akan mampu berdikari dan menghadapi pelbagai cabaran luar hanya dengan berbekalkan kecemerlangan akademik.

'Pelajar-pelajar masa kini perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris dan bijak berhadapan dengan masyarakat serta tidak lupa jati diri dan asal-usul.

"Apabila kesemua sifat-sifat ini bergabung, ia bakal melahirkan pelajar-pelajar yang hebat sekali gus menjadikan mereka aset yang penting kepada negara" katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kawasan Wangsa Maju di Sekolah Menengah Wangsa Melawati di sini hari ini..

bla..bla..bla....

hmmm......

Sunday, March 1, 2009

Hari Melawat Planeterium



Seperti biasa juga, hujung minggu adalah untuk bersantai dan membawa anak-anak dan mak anak-anak mengunjungi tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur. Hari ini, planeterium menjadi sasaran. Oleh kerana anak-anak amat meminati angkasa lepas, maka tentunya planeterium menjadi tempat yang sesuai.

Namun, agak hampa apabila melihat bangunan yang begitu besar tersergam indah di atas bukit di tengah-tengah Kuala Lumpur itu lengang dengan pengunjung dan juga lengang dengan bahan pameran. Hanya ada pameran mengenai angkasa dan tentunya Sheikh Muzaphar di ruang pameran. Tidak dinafikan, pamerannya berjaya menarik perhatian saya sebagai seorang dewasa untuk mengenali aktiviti aeroangkasa, namun bagi anak-anak saya (terutamanya Ajmal Hadi) yang akhirnya keluar menangis kerana tidak puas hati dengan pameran angkasa, yang mungkin pada akal pendeknya itu mahukan lebih maklumat dan aktiviti yang lebih interaktif seperti di Petrosains. Memang saya akui juga, kekurangan itu amat mengecewakan saya, memandangkan kawasan dan bangunan yang besar, namun kurang aktiviti dan tentunya langsung tidak kelihatan sebarang jualan buku yang berkaitan!!

Sayonara pelajar-pelajarku!

Foto oleh Azwin

Walaupun kuliah belum berakhir, masih ada berbulan-bulan lagi untuk pelajar-pelajar tahun akhirku untuk melangkah masuk ke dalam dewan besar, namun seperti biasa, persatuan pelajar mengadakan Pre-Graduation Dinner. Malam tadi adalah kali ke-6 diadakan. Maknanya sudah 6 kumpulan pelajar telah kami dididiki. Alhamdulillah...semoga menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Seperti biasa jugalah, The Che'gues (a.k.a Kumpulan Cikgu) mengadakan persembahan. Namun kali ini, persembahan kami begitu istimewa, khas kepada pelajar-pelajar, dengan harapan tidak serik mengundang penyanyi dan penghibur ini lagi di tahun-tahun yang mendatang.

Masih menunggu kiranya ada sesiapa yang dapat menyumbang foto-foto malam tadi.

Gembira dari Palestin


Saya yang sebenarnya buta seni (walaupun saban bulan mengunjungi galeri seni), amat menghargai jemputan dan hasil usaha YM Raja Ahmad ke Galeri RA Fine Arts-nya semalam. Walaupun ia bukanlah aktiviti biasa seperti lazimnya saya dan rakan-rakan (LAKARIANGS) mengunjungi galeri ini sempena pelancaran sesuatu pameran lukisan, sebaliknya merupakan bicara seni sempena Persidangan Belia dan Keganasan (Youth and Terrorisme Conference). RA Fine Arts terlibat secara langsung sebagai galeri yang mengumpulkan hasil-hasil seni yang berkait rapat dengan tema persidangan.

Semalam, bicara seni menampilkan salah-seorang pengkarya dari Palestin, iaitu saudara Abdul Rahman Katani yang turut mempamerkan 2 hasil karya beliau. Yang menariknya, Abdul Rahman menceritakan semula pengalaman beliau yang hidup di kem pelarian di Lebanon. Kawasan kem tersebut hanya berkeluasan 300 m x 300 m yang diduduki oleh 17,000 pelarian Palestin! Kami hampir tidak percaya, malah saya cuba menyoalnya secara umum dan peribadi mengenai angka-angka itu. Beliau mengiyakannya. Memang benar itulah kawasan penempatan pelarian yang telah diduduki beliau dan ayah dan datuknya sejak tahun 1948.

Namun, seperti penduduk Palestin yang lainnya, Abdul Rahman sentiasa tersenyum. Malah ada di antara kami, apakah itu rahsia kepada kelahiran hasil-hasil seninya? Untuk berasa gembira, katanya adalah penting di dalam kemelut peperangan dan pembunuhan yang sentiasa berlaku di dalam masyarakatnya. Katanya lagi, kegembiraan adalah makanan mereka.

Saya memikirkan kembali tentang apa yang berlaku di Malaysia (malah di seluruh dunia) yang lebih aman daripada tempat-tempat yang dilanda musibah sedemikian. Di mana kebanyakkan daripada kita merasa tertekan pada situasi yang tidak munasabah, sehinggakan terlalu banyak kes 'sakit jiwa' dan 'sakit otak' di kalangan masyarakat negara kita, terutamanya.

Berbeza dengan Palestin, atau pelarian Palestin di kawasan kem-kem pelarian, yang terpaksa berhimpit-himpit hidup pada atas tanah yang tentunya bukan milik mereka.

Abdul Rahman telah berjaya membuka satu persepsi baru kepada saya mengenai keharmonian yang kadang-kala disalahgunakan oleh masyarakat kita sendiri.