Thursday, April 15, 2010

Bahang 23hb

23hb adalah sambutan Hari Buku Sedunia dan Hakcipta. Setakat ini, apa yang saya dimaklumkan sudah terdapat 2 program yang akan diadakan pada hari tersebut di dua buah institusi: Perpustakaan Kuala Lumpur dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pujian kepada kedua-dua institusi ini kerana berusaha dalam menggerakkan gerakan membaca dengan lebih proaktif. Kedua-dua program ini akan membicarakan perihal buku dan gerakan membaca.

Tetapi malangnya, apabila saya cuba 'google' perkataan Hari Buku Sedunia 2010, tidak banyak maklumat mengenainya di Malaysia. Berbeza dengan Indonesia. Buku dan gerakan membaca sudah menjadi bualan ramai, terutamanya bloggers. Gerakan mereka lebih merakyat dan juga telah diinstitusikan.

Mungkin perlu lebih usaha untuk memartabatkan budaya membaca di Malaysia!

5 comments:

GDIZ said...

salam ziarah tuan rumah.

Pada saya di Malaysia kita masih jauh ketinggalan dari segi budaya membaca & juga bidang Photographer. Bidang lain sy tak pasti :)

Anonymous said...

Harap tuan tidak berhalangan ke majlis Astaka Minda DBP pada 23 April tu ye. Kehadiran tuan amat dialu-alukan, bawalah pencinta2 buku yg lain.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

gdiz: setuju....

saya akan ke perpustakaan kl. tetapi yang pasti kumpulan pembaca uia akan ke dbp...dan merekalah bakal penggerak gerakan membaca generasi kedua, Insya Allah

Anuar Manshor said...

Insya-Allah ketemu esok ya! Tetapi jam berapa ya?

Anonymous said...

alhamdulillah majlis di dbp mendpt sambutan yg cukup menggalakkan, smpi tak cukup kerusi hehehe...