Sunday, May 2, 2010

Buku-buku yang perlu dibaca


Agak banyak buku yang perlu dibaca dan dihabiskan. Mulanya tidak sebanyak sebegini. Tetapi akibat kerakusan 'nafsu' untuk mendapatkan juga buku-buku ini di pasaran, akhirnya timbunan buku-buku menutup facade meja belajar saya.

Terasa mahu meluangkan masa 24 jam setiap hari untuk menekuni buku-buku ini. Tapi apakan daya, banyak lagi kerja kehidupan yang perlu dilangsaikan!!

3 comments:

GDIZ said...

yes..i like..:)
suka sgt sy tgk timbunan buku2 mcm nih.Gila dibuatnya :)

Bunnybaby said...

Salam.

Ha ha! Bunyinya seperti alasan yang klise, tapi itulah hakikat kehidupan dan dilema seorang pencinta buku. Samalah kita. Buku makin bertambah, masa yang ada tetap 24 jam juga sehari.

hud aikara said...

Saya sangat seronok bergelumang dengan buku tetapi saya berasa ketinggalan yang amat sangat bila saya lemah dalam berbahasa Inggeris. Ini kerana buku-buku ilmu banyak ditulis dalam bahasa itu. Saya mengalami masalah bila membaca karya non fiction tetapi tidak bermasalah sangat dengan novel Inggeris.Mungkin sebab novel bahasanya agak mudah. Saya bertekad untuk menekuni bahasa Inggeris pula selepas ini supaya dapat membaca buku-buku tanpa kekangan seperti saudara.:)