Thursday, September 17, 2009

Yakjuj Makjuj

Buku ini saya beli semalam di MPH Jayajusco Wangsa Maju. Sebenarnya rakan sebelah bilik saya yang mempromosikan buku yang sedang dibacanya itu. Memang menarik dan wajib dibaca oleh setiap umat Islam. Bukan kerana ia bersifat misteri (yang selalunya memang diminati oleh bangsa Melayu (satu persepsi)), sebaliknya ia adalah satu fakta yang perlu diketahui. Al-Quran dan Hadis menyebut tentang Yakjuj Makjuj dan Iskandar Zulkarnain. Maka kita wajib mengetahuinya.

Buku ini khabarnya telah diulangcetak 4 kali tahun ni, menjadikannya salah-satu bestseller (yang telah terjual 10,000 naskhah). Rakyat Malaysia telah membaca. Dan tahniah kepada PTS kerana terus mengungguli penerbitan buku-buku berbahasa Melayu. Sebagai pembaca, saya akan terus menyokong, dan terus mempromosi usaha yang baik ini.

4 comments:

Juliana said...

Salam.
Setuju, buku ini adalah buku wajib baca dan wajib beli untuk setiap mukmin. Kisah sejarah Yakjuj Makjuj memang amat kurang kedapatan. Sudah terlalu lama saya cuba mengorek dari buku-buku di perpustakaan, ternyata tiada yang benar-benar membuat kajian mendalam tentang 2 bangsa perosak ini.

Penerbitan Yakjuj Makjuj oleh PTS, dan juga terlebih dahulu kredit patut diberikan kepda penulis dan pengkajinya, ibarat menghulurkan segelas air yang sejuk kepada orang yang sedang amat kehausan di padang pasir. Alhamdulillah, semoga PTS terus menerbitkan bahan-bahan yang terus-terusan memberi manfaat kepada masyarakat.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Sama-sama kita doakan PTS terus maju

aus said...

tumpang tanye,..mne nk cari..blh order kat sini ke?

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

MPH ada jual.....