Wednesday, December 24, 2008

Majlis pelancaran buku terjemahan ayah

Malam tadi saya menemankan ayah dan kakak yang baru sampai dari perlis, menghadiri majlis makan malam bersama media anjuran Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) yang telah diadakan di Hotel Impiana. Malam ini begitu bermakna kepada ayah, kerana buku yang telah beliau terjemahkan dari buku tulisan Dr Daisaku Ikeda (Penyair Diraja dan penerima Anugerah Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) yang berjudul Sahabat yang Sentiasa di Hati telah dilancarkan.


Buku ini telah dilancarkan oleh Menteri Penerangan (diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan). Juga sempat bertemu dengan Nazmi, wartawan sastera Berita Harian.


Selain daripada pelancaran buku, GAPENA juga menyampaikan beberapa anugerah. Utusan Malaysia dan BERNAMA telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Citra Gapena. Manakala, Anugerah Budaya Gapena telah diberikan kepada Dato’ Haji Tengku Alaudin T.A. Majid, Haji Md. Ismail Zamzam, Haji Rejab Ismail (Rejab F.I.) dan Dato’ Baharudin Zainal (Baha Zain).



Hiasan di atas meja Ayah..Nazel Hashim Mohamad

Buku yang diterjemahkan yang telah dilancarkan





1 comment:

SITI ZAINON ISMAIL said...

MasyaAllah, Khir adalah putera penterjemah yang rajin itu.Tahniah, patutlah namamu sungguh lain dari yang lain..salam buat teman penterjemah, ayah dan ibumu. Tentang kerja yang akan kita lakukan, untuk tugas KHir ialah hiasan dalam ruang seni dan pengisian dengan citra adat Melayu Selangor. Antara contoh bahan pengisian sila lihat judul Seni Hias- Tamadun Bangsa dalam blogsaya > www.senirupasiti.blogspot.com.