Thursday, December 18, 2008
Hadi dan Doraemon
Alhamdulillah, anak lelaki saya, yang sekarang berusia 5 tahun sudah habis membaca sebuah buku komik (Doraemon). Dan sekarang sedang membaca buku kedua, setelah saya belikan sirinya. Walaupun mungkin tidak faham sangat apa yang ditulis, tetapi semangat membacanya memang memuaskan hati saya. Dia nampak begitu bernafsu membaca, dan Insya Allah, akan saya beli lagi dan lagi..untuk terus dibacanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..
;-)
Like father like son..
Dahulu saya "curi-curi" membeli komik itu. Takut emak marah sebab menghabiskan duit bukan untuk makan.
faizal...yang ini kuahnya sampai meleleh keluar dari pinggan..hehee
anuar: komik ini memang istimewa, kerana wataknya, doraemon dan kawan-kawan merangsang pemikiran kreatif dan pengembaraan anak-anak. bapanya pun suka!
Tahniah puteranya sudah lancar membaca. Harap dapatkan juga buku-buku warisan tempatan. Masih ada koleksi Si Tanggang, Batu Belah Batu bertangkup susunan A Samad Ahmad.Atau jenaka Lebai Malang, Pak Kaduk, Pak Pandir, Luncai Terjun dengan labunya? Dulu waktu kecil saya terpikir juga bodohnya Pak Pandir...atau sikap acuh Luncai, rupanya sampai sekarang watak tu masih hidup juga khan!
terima kasih prof...ya, betul...saya perlu mencari buku-buku tersebut untuk generasi akan datang membacanya...
Post a Comment