Thursday, December 11, 2008

Kempen membaca

BERITA TERBARU HARI INI

Pintu ke pintu strategi baru untuk jayakan kempen membaca
11/12/2008 12:48pm (SUMBER UTUSAN MALAYSIA)

KUALA LUMPUR 11 Dis. — Mulai tahun depan, petugas kakitangan perpustakaan akan mengunjungi rumah-rumah di kawasan luar bandar untuk menawarkan pinjaman buku kepada penduduk luar bandar.

Strategi “pintu ke pintu” itu akan dilaksanakan di kawasan perumahan luar bandar di sekitar perpustakaan desa bagi menyuburkan budaya membaca di kalangan rakyat terutama di kalangan masyarakat luar bandar, kata Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Teng Boon Soon.

“Kita mendapati bilangan pembaca yang menggunakan kemudahan perpustakaan desa memang jauh daripada memuaskan.

“Cara itu (pintu ke pintu) dilihat dapat mempertingkatkan pembudayaan membaca di kalangan masyarakat luar bandar,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd. Nasir Zakaria (Pas-Padang Terap) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk mengadakan kempen membaca secara agresif kepada masyarakat desa supaya tidak terus ketinggalan.

Teng berkata terdapat 1,089 buah perpustakaan desa di seluruh negara. - Bernama

Terus saya teringatkan sebuah buku yang bertajuk The Mobile Library: The Case of Missing Books, tulisan Ian Sansom. Sebuah novel satira yang mesti dibaca oleh setiap pustakawan.

3 comments:

Razif said...

Kurang bersetuju dengan cadangan tersebut... Tidak praktikal dan kos yang tinggi... dengan kata lain, tidak berbaloi...

adalah lebih elok kita sertai apa-apa sahaja aktiviti di desa dan luar bandar dengan menyelitkan program membaca dan pameran buku...

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

saya sokong cadangan saudara...kalau baca novel yang saya sebutkan itu, tentu ada benarnya...kos yang melebihi daripada yang sepatutnya, sehinggakan memaksa perpustakaan awam (Ireland) seperti dalam novel itu terpaksa menutup perkhidmatan perpustakaan bergerak yang bergerak dari rumah ke rumah

fusarium solani said...

Salam,

Idea yang dilontar itu kurang praktikal kerana tanpa perubahan sikap (pemikiran dan budaya membaca)rakyat di desa kemungkinan akan "take for granted". Budaya membaca di desa tidak sehebat di bandar.

Barangkali idea perpustkaan bergerak lebih baik? Dulu masa sekolah rendah, ada bas dijadikan perpustakaan.