Wednesday, December 3, 2008
Program kompos
Saya pernah menulis tentang mengkompos sampah makanan di Utusan Malaysia beberapa bulan yang lalu, yang bertajuk Memulakan Program Kompos di Rumah. Ia adalah hasil daripada pembacaan saya terhadap beberapa buah buku yang disebut di dalam artikel itu.
Saya turut memulakan sendiri program kompos ini, setelah program recycling di rumah telah berjaya. Hasil daripada program kompos ini yang telah dijalankan beberapa bulan yang lalu, telah menampakkan hasilnya. Dua kotak kompos pertama yang saya gunakan telah digunakan kembali setelah sampah makanan menjadi baja. Dan salah-satunya telah digunakan untuk ditanam pokok cili dan sayur-sayuran.
Kini, saya telah menambah satu lagi hobi iaitu berkebun. Dan dengan cara ini, dapat juga saya mengurangkan perbelanjaan dapur, di samping sebagai satu aktiviti yang sihat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam, tuan...hobi baru tuan ini, merupakan minat saya juga di laman dpn dan blkg rumah. Ingat juga mempelajari teknik mengkomposkan sampah sprti yyg saudara mksudkan. Sampah yang bagaimana sesuai, bagaimana prosesnya. Ada sumber mklumat khusus?
thnks...
sebenarnya, kompos ini mudah saja. Yang diperlukan hanyalah tempat (pasu), tanah dan sampah makanan yang telah dihaluskan. Kalau ikut kaedah dalam buku, mereka cadangkan menggunakan cacing sebagai pelengkap. Boleh rujuk buku Compost tulisan Clare Foster (2002).
Post a Comment