Apa yang boleh kita (umat Islam) lakukan terhadap konflik terkini Palestin Israel? Menonton berita di TV, umat Islam (yang seperti Rasulullah gambarkan sebagai buih-buih di lautan) mengadakan demonstrasi di seluruh dunia. Manakala rakyat Palestin sedaya-upaya dengan daya mereka sendiri (dengan balingan batu) menentang perang Israel. Semua manusia tahu, bahawa kezaliman Israel yang dipandang Amerika Syarikat tidak sebagai keganasan, adalah amat berat sebelah, sehingga kanak-kanak seusia anak saya turut tahu ketidaklogikan konflik tersebut.
Apa yang boleh kita lakukan, yang selalunya akan terpadam begitu sahaja? Kalau sebelum ini ada golongan yang mengajak pemboikotan barangan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel.
Kita perlu bersatu. Berdoa kepada Allah, sekiranya tidak dapat diusahakan dengan tangan. Sekurang-kurangnya mereka yang berdemonstrasi telah menunjukkan bantahan mereka dengan tulang empat kerat mereka. Yang masih bermalasan di depan TV sambil menonton berita keganasan itu, yang mungkin dapat kita lakukan hanyalah dengan berdoa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
israel laknatullah sial israel
Post a Comment