Thursday, December 25, 2008

Al-Fatihah kepada Allahyarham Dr. Shukri

Semalam berlalu pantas. Perjalanan pulang saya dan keluarga bercuti di kampung, dipenuhi dengan deringan telefon dan sms dari rakan-rakan di KL. Tak kurang juga yang saya sendiri menelefon rakan-rakan mengenai peristiwa yang berlaku pantas.

Sahabat yang saya kenali, Dr. Shukri, seorang pensyarah Architecture di universiti yang saya mengajar, kembali ke rahmatullah, menemui Pencipta Yang Esa. Saya mendapat panggilan sekitar jam 5 petang, yang ketika itu saya masih memandu di PLUS, sekitar Pulau Pinang, bahawa arwah kemalangan di fakulti. Handz, sahabat saya bersama Jasa, Hanafiah dan Lukman (pelajar arwah) kemudiannya membawa arwah ke hospital. Arwah sudah kehilangan darah yang amat. Itulah sekitar berita sedih yang saya dengar melalui talian. Hanya kata-kata Handz, meminta saya berdoa.

Sekitar 5.30, saya menelefon Jasa. Dengan nada yang begitu hiba, memberitahu saya bahawa Dr. Shukri telah tiada. Begitulah adat dunia. Sebab untuk mati kadang-kala tidak dapat diduga langsung. Tetapi yang pasti, apabila tiba masanya, dan telah menjadi tugas Malaikat Maut untuk mencabut nyawa.

Semoga Allahyarham Dr. Shukri ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang bertaqwa...Al-Fatihah...

3 comments:

Anonymous said...

pernah bace buku arca berdiri senja tak?

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

tak pernah...

Anonymous said...

cube la bace buku arca berdiri senja kmudian saya nk saudara bg pndpt tentang penulisan buku tu,,novel 2 agak popular pd zmn lwt 70an,tp saya dapati skang novel tu dh berharga rm1 je kt CM,