Sistem barter adalah antara sistem perniagaan yang paling lama wujud di muka bumi ini. Sepertimana yang pernah dipelajari dulu-dulu pada zaman sekolah menengah rendah, barter adalah sistem pertukaran barang. Ia kemudiannya diganti dengan penggunaan wang. Itu yang saya pelajari dahulu.
Tetapi, apabila membaca buku yang bertajuk One Red Paperclip, sistem barter diperkenalkan menerusi jalan cerita yang menarik sekali. Ia adalah sebuah buku berbentuk biografi. Ditulis oleh Kyle MacDonald, yang menginginkan sebuah rumah. Tetapi beliau ingin mendapatkannya dengan membuat pertukaran klip kertas berwarna merah miliknya dengan barangan lain milik sesiapa yang berminat.
Pertukaran pertama beliau adalah melibatkan klip kertas berwarna merah milik beliau dengan sebatang pen berbentuk ikan milik individu lain yang ditemuinya menerusi internet. Seterusnya, beliau membuat pertukaran kedua, pen yang baru dimilikinya itu dengan tombol pintu berbentuk orang senyum, dan seterusnya...
Syaratnya, barangan tersebut mestilah lebih besar dan besar. Sehinggalah beliau mendapatkan apa yang diidamkannya.
Oleh kerana buku ini saya kongsi baca dengan isteri saya, maka berebut-rebut kami dibuatnya. Cuma beliau kehadapan daripada saya yang masih merangkak-rangkak pada bab-bab awal. Kadang-kala beliau ingin menceritakan semula apa yang dibacanya, tetapi terus saya cantas....nanti hilang mood membaca!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam suamiku..,
Yah dah tamat baca... nampaknya itu satu-satunya buku yang berjaya selepas buku novel bahasa melayu 'kembang tak jadi'beberapa bulan yang lepas..
Namun demikian, dalam pada 'tercari-cari' buku yang 'seronok' untuk dibaca, ada juga beberapa novel yang baca celup-celup...
SELAMAT MEMBACA
Saya pernah baca tentang Kyle MacDonald di internet. http://oneredpaperclip.blogspot.com/
Kisah beliau macam cerita fairy tales -dream comes true, yang jadi impian setiap orang.
isteriku: tak terhabis lagi buku tu, terlalu banyak pula buku lain yang mendatang.
yasser: ya, memang macam fairy tales, tapi yang menariknya ia menjelma sebagai kenyataan
Post a Comment