Pulang dari kedai majalah pagi tadi dengan hampa. Setiap hari ke kedai-kedai jual majalah di sekitar kawasan perumahan. Sama ada majalahnya yang dicari tidak ada, mahupun hampa melihat kuantiti majalahnya semakin berkurangan. Yang kelihatan kebanyakkannya majalah berunsur hiburan dan komik.
Majalah bagi saya adalah permulaan kepada budaya membaca. Kerana itulah ia amat penting di dalam sesebuah masyarakat. Ia ditulis padat kerana ruangannya yang terhad, tetapi bagi sesebuah majalah yang hebat, penulisan padat itu seharusnya mampu mengghairahkan pembacanya untuk mencari buku-buku asal yang lebih berat.
Sayangnya masyarakat kita diracuni dengan hiburan dan cerita-cerita sensasi yang ingin dicari dan dibaca. Malangnya pula majalah-majalah sebeginilah yang cepat pula berada di rak-rak kedai. Melihat pula trend majalah-majalah bukan berbahasa Melayu juga cepat berada di pasaran.
Mungkin salah-satu caranya ialah saya perlu terus melanggan daripada penerbit. Namun saya juga ada alasan tersendiri untuk tidak melanggan - mungkin tidak untuk masa ini.
Esok perlu lagi mencari......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Harga majalah juga biasanya agak tinggi menyebabkan budaya membaca majalah tidak subur dalam diri orang kita. Setuju juga majalah amat penting dalam memupuk budaya membaca
seharusnya harga majalah tidak semahal buku. Setuju dengan pendapat taufik. Insya Allah, ingin saya tuliskan sebuah artikel mengenai hal ini.
Kirin,
Bukankah UIA dekat dengan Dawama Ulu Klang. Saya biasa juga beli terus dari situ, pada kala itu, selalunya majalah tersebut belum pun masuk kedai buku biasa. Bab-bab majalah DBP perlu pergi dapatkan sendiri atau langgan. Memang lambat sampai di kedai.
Post a Comment