Thursday, January 3, 2008

Majalah oh majalah

Sejak beberapa hari ini, saya berulang-alik ke beberapa buah kedai yang menjual majalah. Mencari-cari majalah-majalah kegemaran keluaran Januari 2008. Dan setiap kali pulang, hampa. Kata si penjual, disebabkan cuti yang panjang...cuti raya, krismas, tahun baru...kebanyakkan majalah belum sampai ke kedai. Saya masih ternanti majalah Dewan Kosmik (untuk membaca tulisan saudara Faizal) dan Digital Camera Magazine (sebagai sumber makanan kepada hobi terbaru saya).

3 comments:

mundarmandir2 said...

Tadi masa lunch singgah di kedai buku&majalah kat Seksyen 15 Bangi, majalah-majalah DBP masih dalam kotak..baru sampai kata jurujual..kemudian terbeli pulak Dewan Ekonomi Jan 08..

taufiq said...

Sudah ada hobi baru juga!
Saya juga dah berkecimpung.. dah lama tapinya

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

mundarmandir: sehingga kini majalah Dewan Kosmik masih belum ada di pasaran :(

Taufik: selalu lihat taufik dengan kameranya...:)