Friday, January 25, 2008

Majalah oh majalah siri ke-2

Entah mengapa sejak beberapa minggu ini saya begitu sensitif dengan majalah. Saya sering ke kedai-kedai majalah di sekitar tempat tinggal saya, kalau dulunya ada sebuah kedai majalah di sebuah restoran melayu banyak menjual majalah pelbagai tajuk, kini hanya tinggal beberapa majalah yang kelihatan berhabuk. Apabila ke Kuala Lumpur baru-baru ini pula menaiki LRT untuk 3 hari berturut-turut, sempat juga meninjau kedai-kedai majalah di terminal-terminal LRT, lagilah mendukacitakan saya. Kerana kebanyakan majalah yang dijual adalah berunsurkan hiburan dan fesyen. Agaknya inilah yang dikehendaki oleh masyarakat, lantas itulah yang dijual. Semakin kurang nampaknya majalah yang berunsurkan ilmu. Kalau adapun, bukannya di tempat-tempat yang bertamadun. Untuk itu, saya ada menghantar 2 artikel berturut-turut ke Utusan Malaysia untuk menyatakan sesuatu dari hati saya mengenai majalah dan kepentingannya di dalam masyarakat yang membaca.

4 comments:

Mohd Faizal said...

tidak sabar untuk membacanya..bila agaknya akan tersiar?..

Unknown said...

Saya pun amat sedih:(

Rebecca Ilham said...

Salam,

saya besar antara Pantai Timur dan Pantai Barat semenanjung. Memang nampak beza antara gerai-gerai majalah di dua zon ini. Di Pantai Barat, gerai akhbar/majalahnya payah nak jumpa majalah 'berjenis.' Tapi di Pantai Timur (terutamanya Kelantan, Terengganu), mudah pula. Kenapa ya? =)

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Begitu juga di kampung saya di Perlis. Begitu banyak majalah, dan kurang pula majalah yang tidak berkualiti dijual.