Tuesday, December 11, 2007

Pencarian ilham

Sudah lama tidak menulis di akhbar. Masih tercari-cari topik yang berkaitan. Kebanyakkan isu yang sedang hangat dibicarakan masa kini adalah berkaitan dengan hal-hal politik semasa. Dan inilah kelemahan dari aspek pembacaan saya, kurang membaca buku-buku politik. Maka disebabkan itulah saya kurang dan tidak mahu menulis tentang politik. Bukannya melarikan diri, tetapi kurang ilmunya.

Saya masih percaya untuk menulis, ia adalah bentuk tindakan ilmu yang tertinggi, iaitu setelah selesai membaca, selesai mempraktikkan ilmu dari pembacaan itu, cukup pengalaman, maka penulisan adalah akhiran kepada proses penerokaan ilmu itu.

Maka disebabkan itulah, saya sedang membaca sebuah buku lama yang ditulis oleh Prof. Dr. Hasan Langgulung yang bertajuk Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigma. Buku ini telah lama saya miliki, juga telah lama memulakan pembacaannya, cuma tak terhabis-habis lagi.

2 comments:

Mohd Faizal said...

Salam En Khairusy Syakirin Has-Yun..
Bagaimana pula dengan genre novel dan sains fiksyen..kata seorang motivator dan penulis terkenal, membaca novel juga kadang-kadang membuahkan ilham..
Sekalung tahniah untuk saudara dengan artikel berjudul "Manusia; Daya Penggerak Gelombang Membaca di dalam Majalah Mellinea Muslim Disember. Menarik sekali kupasan tersebut.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Terima kasih...
Genre novel dan sains fiksyen memang menjadi salah-satu bidang pembacaan yang menarik hati saya. Kebetulan pula, malam tadi sedang membaca sebuah buku bertajuk The Physics of Star Trek tulisan Lawrence M. Krauss. Insya Allah, nanti habis baca saya ulaskannya.