Monday, December 3, 2007

Buku-buku yang perlu dibaca

501 Must-Read Books baru saya beli ketika pulang ke kampung di Batu Pahat, Sabtu yang lepas. Ketika melayani anak lelaki saya mencari buku ultramannya, saya pula terpandang sebuah buku yang agak tebal dan berwarna-warni. Buku ini dibeli di Popular Bookstore Batu Pahat, dengan harga RM59.90.

Ia adalah sebuah buku yang menghimpunkan ulasan-ulasan ringkas mengenai pengarang dan buku-buku yang dikategorikan sebagai 'wajib baca'. Walaupun terdapat banyak buku sebegini di pasaran, terutamanya di Borders, namun mungkin kerana 'keindahan' buku ini, juga rekaletaknya mudah untuk dibaca, terus saya beli.

Ia dibahagikan kepada 8 kategori buku, iaitu Children's Fiction, Classic Fiction, History, Memoirs, Modern Fiction, Science Fiction, Thrillers dan Travel. Setiap kategori ditulis dan diulas oleh beberapa pengarang.

Yang menariknya buku ini juga, selain daripada ulasan ringkas terhadap buku yang dipilih, ia juga memuatkan biodata ringkas pengarangnya, seperti nama si pengarang, tahun lahir dan mati, warganegara, maklumat ringkas mengenai buku yang diulas dan buku-buku lain yang ditulis pengarang tersebut.

Memoirs merupakan bahagian yang paling saya gemar, kerana saya memang gemar membaca buku-buku yang berkaitan dengan biografi dan autobiografi seseorang, syarikat dan produk.

Salah-satu daripada ulasan di bahagian memoirs ialah mengenai buku yang ditulis oleh George Orwell yang bertajuk Down and Out in Paris and London (DOPL), yang buku asalnya telah saya beli di Edinburgh dahulu, dah telah habis diratah. Orwell yang terkenal dengan Animal Farm dan Nineteen Eighty-four, telah menulis buku DOPL ini sebagai sebahagian daripada memoirnya yang juga bercampur aduk dengan fiction dan kadang-kala berbentuk esei. DOPL merupakan buku yang pertama ditulis oleh Orwell.

Menurut 501 must-read books ini, DOPL merupakan buku yang begitu penting di dalam sejarah kesasterawanan Orwell, kerana ia merupakan permulaan kepada penulisan buku-buku fiction yang berbaur politik tulisan Orwell yang lain.

Saya telah memiliki buku DOPL, Animal Farm dan Nineteen Eighty-Four. Dan kini saya ingin melengkapkan koleksi tulisan Orwell dengan mencari buku-bukunya yang lain: Burmese Days, A Clergyman's Daughter, Keep the Aspidistra Flying, The Road to Wigan Pier, Homage to Catalonia, Coming Up for Air.

6 comments:

Mohd Faizal said...

salam..
agaknya sudah berapa banyak koleksi buku-buku saudara ya..kagum saya lihat kesungguhan dan bakat saudara dalam melayari dunia buku..

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

koleksi buku saya masih umpama sebutir pasir di pantai Port Dikson....terlalu sikit untuk berpuas hati..:)

Nisah Haji Haron said...

Cuba cari buku ini secara online di MPH, Kino & Acmamall, tapi mereka tiada stok. Ke mana lagi hendak dicari ya?

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Cuba cari di Popular. Saya belinya di sana.

Nisah Haji Haron said...

Salam,
Sudah jumpa bukunya di Popular Seremban 2
Terima kasih atas maklumat.

Unknown said...

wah.. bro khairusy u are soo passionate with book..interesting..da lama saya tinggalkan minat membaca buku atas tuntutan masa..i will start to get new book to read before its too late..just like gandhi regret on his bad handwriting....