Saturday, December 12, 2009

What the dog saw....buku keempat Gladwell


Ini merupakan buku tulisan Gladwell yang keempat. Saya sudah memiliki keempat-empatnya. Cuma buku yang keempat ini agak berbeza kulitnya daripada yang ketiga-tiga buku Gladwell sebelum ini. Rupa-rupanya ada edisi yang sama dengan buku-buku lain Gladwell, iaitu yang berkulit putih. Saya perlu mendapatkan edisi itu untuk melengkapkan koleksi Gladwell.

Buku keempat ini yang bertajuk What the dog saw (terbit Oktober 2009), merupakan himpunan tulisan beliau di dalam akhbar. Gladwell, yang terkenal dengan ketiga-tiga buah buku yang ditulis bersahaja namun padat dengan ilmu - The Tipping Point, Blink dan Outliers, terus menulis dengan ala bersahajanya. Namun, apa yang isitimewanya dengan tulisan beliau ialah cara beliau melihat sesuatu itu daripada pandangan seorang yang memiliki 'mata mikroskop' dan berjaya menterjemahkan semula pandangannya itu ke dalam bentuk kata-kata yang mudah difahami dan padat dengan ilmu! Kerana itulah saya sentiasa mengikuti perkembangan tulisan beliau.

3 comments:

Uthaya Sankar SB said...

Saya amat meminati "The Tipping Point". Santai, mudah, ringkas tetapi amat berkesan.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

ya...itu yang terbaik daripada gladwell....

nahwanNur said...

Salam Sir,

Rupanya dah ada yang terbaru buku tulisan Gladwell. Saya juga meminati bukunya 'The Tipping Point', tapi belum berkesempatan memiliki sendiri.

InsyaALLAH suatu hari nanti, dan terima kasih atas infonya.