Wednesday, October 7, 2009

Baca Yakjuj Makjuj

Masih membaca Yakjuj Makjuj....agak lambat kerana banyak perkara lain sedang dilakukan. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya yang amat apabila membaca buku ini, selain daripada ingin mengetahui 'perihal misteri' kaum-kaum ini. Pengarangnya amat tekun mencari sumber-sumber yang dipercayai, sekaligus kadang-kala menidakkan beberapa sumber yang tidak dipercayai dan yang mempunyai unsur pemesongan fakta sejarah. Beliau, seperti mana-mana penyelidik yang lainnya, dapat menyakinkan pembacanya dengan menyelusuri bahan-bahan yang secara amnya tidak dapat dicapai oleh pembaca biasa. Ini kekuatan buku ini. Yang paling menarik perhatian saya ialah Timeline Timur Tengah dan Sejarah Bani Israel serta Kaitannya dengan Yakjuj dan Makjuj Scythia (muka surat 220 - 248), dengan bersumberkan pada beberapa sumber yang dipercayai. Menariknya kerana ia memaparkan beberapa tarikh kelahiran nabi-nabi (yang banyak itu tidak semua diketahui), juga tarikh-tarikh penting dalam sejarah. Ia seolah-olah menjadi penghubung sejarah (sebelum Masihi) yang kurang diketahui umum, yang selama ini hanya bergantung kepada penyelidikan Barat yang mungkin berat sebelah. Teruskan membaca!

2 comments:

Farah Rifhan said...

saya teringin nak baca buku ni. dekat mana ble saya cari ye, sir?

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

MPH. Kalau dah tak ada kat sana, cuba pergi ke PTS (penerbitnya) di belakang Shell dekat Giant Batu Caves. Pasti ada di sana.