Thursday, October 1, 2009

Majalah o majalah

Semasa menunggu penerbangan pulang ke KL dari JB semalam, seperti biasalah toko majalah di Senai menjadi tempat menjamu mata. Kadang-kala 'ter'beli majalah-majalah yang pada kebiasaannya tiada di kedai-kedai lain (atau terlepas pandang). Yang peliknya pula, tidak pula ditemui keluaran seterusnya pada bulan berikutnya di situ. Seolah-olah kedai majalah itu menjual majalah tidak mengikut keluaran.

Pada kesempatan kali ini saya membeli dua buah majalah: Discovery Channel Magazine dan Info Pertanian. Menariknya tentang Discovery Channel Magazine (merupakan lidah rasmi Discovery Channel) memaparkan artikel-artikel yang ringkas tetapi dicantikkan dengan foto-foto yang mengagumkan. Terasa mahu terus melanggan DCM ini secara bulanan, takut-takut kedai majalah ini tidak lagi menjual keluaran bulan depan!

Info Pertanian pula saya beli tanpa disedari. Kerana majalah yang ingin dicari sebenarnya yang berkaitan dengan taman dan pembinaannya (seperti Garden Asia..rujuk dTaman69). Tetapi tidak ketemui. Rupa-rupanya Info Pertanian adalah majalah 'ringkas' mengenai kelapa sawit. Sekadar menyelak dan membaca untuk ilmu sampingan.

Yang dicari di toko tersebut adalah majalah keluaran DBP; seperti Dewan Masyarakat, Dewan Kosmik....tetapi tidak dijual, dan tidak pernah ditemui...sayang seribu kali sayang!

4 comments:

Unknown said...

Jangan lupa beli Dewan Kosmik terbaharu. Isu Punk Siber! Lagi 6 bulan, baru heboh orang bercakap isu ini di Malaysia nanti.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

perlu segera dapatkannya

puan syu said...

sir, saye dah langgan DCM tu..mmg berbaloi..saye juge pelanggan reader's digest..nanti kite share thought ye..

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

bagus juga tu..