Monday, May 18, 2009

Sibuk + Penat = Puas

Lama benar tak menulis di sini. Agak sibuk dengan belajar, aktiviti luaran (masuk-keluar hutan) dan aktiviti sosial (yang sihat) lain. Tetapi, sempat juga menghabiskan empat buah buku dalam masa berhibernasi ini.



Pada setiap ahad, saya akan cuba meluangkan masa ke hutan yang berdekatan untuk mengambil foto spesis-spesis serangga. Ini untuk buku foto yang saya rancang untuk diterbitkan.

Ahad lepas, meluangkan masa dengan ahli-ahli Green Team membersihkan Sungai Pisang (di kawasan Gombak). Memang terlalu banyak sampah (kerana itulah bidang kajian saya sekarang ini berkisar tentang pengurusan sampah).

Juga tidak ketinggalan, sedang berkemas-kemas untuk berpindah ke rumah baru dalam masa yang terdekat ini.

Kesibukan yang penat tetapi memuaskan!

3 comments:

fusarium solani said...

Salam,
Hooo! hilang masuk hutan dan jumpa dengan sungai ye!

Rumah baru dimana?

Fotobook? hmm, kasi aliff tengok dulu..manalah tau boleh dipromosikan nanti:)

All the best!

SITI ZAINON ISMAIL said...

sy, boleh buat program atur sampah di kampung bandar Dalam? ...nanti kita atur dengan ahli madrasah tarbiyah...baiknya sempena menyambut bulan (tarikh )menjelang hari merdeka?

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Insya Allah prof. Nanti saya hubungi prof untuk tindakan selanjutnya.