Tuesday, May 19, 2009

Majlis bersama TPM

Semalam, memenuhi jemputan ITNM (tentunya kredit diberi kepada Tuan Anuar) ke Majlis Pertemuan Timbalan Perdana Menteri dengan Sasterawan Negara & Pelancaran Koleksi Buku terjemahan Siri Sastera Malaysia, di Putrajaya.

Tahniah kepada ITNM kerana menganjurkan majlis yang bersejarah ini, dan tahniah juga kerana telah berjaya menterjemah 28 buah buku tulisan para sasterawan kita ke bahasa lain. Ia merupakan satu langkah pertama untuk menggapai Hadiah Nobel.

Pada majlis semalam juga telah menyaksikan komitmen kerajaan untuk menubuhkan Kota Buku (tempatnya tidak pula dinyatakan, tetapi pastinya di Kuala Lumpur). Sejumlah RM20 juta akan dibelanjakan untuk itu.

Majlis diakhiri dengan majlis jamuan teh bersama-sama TPM.


1 comment:

Anuar Manshor said...

Terima kasih kerana Tuan sudi hadir. Kita bertemu di Kota Buku di sebuah sekolah lama di tengah-tengah KL nanti ya:)