Saturday, February 21, 2009
Hari melawat muzium
Kali terakhir saya melawat Muzium Negara adalah pada umur 15 tahun. Lama benar rasanya tidak ke sana. Dan entah, macam mana tergerak hati saya hari ini untuk membawa anak-anak ke muzium. Mungkin juga kerana penglibatan saya tempoh hari di dalam bengkel khas memperkasakan kembali muzium Selangor, lantas menyemai minat terhadap muzium dan sejarah.
Kandungan muzium negara sudah banyak berubah. Tentunya lebih menarik kerana diselangi dengan peranan multimedia yang lebih menarik berbanding dengan hanya pada kepingan-kepingan nota-nota mati di dinding. Namun begitu juga, masih banyak yang perlu dilakukan untuk menarik anak-anak mengunjunginya sambil mempelajari sesuatu yang kurang mendapat perhatian di hati mereka - iaitu subjek sejarah.
Namun, mungkin sebagai seorang pelancong, melawat Muzium Negara, di mana terdapat 4 bahagian di bangunan utamanya - iaitu sejarah manusia awal di tanah melayu, sejarah kesultanan Melayu, pra-sejarah dan Malaysia masa kini. Tentunya banyak maklumat dan ilmu diperolehi sekiranya saya sebagai seorang pelancong luar.
Selesai melawat, ke Kedai Muzium. Terkejut apabila menjumpai patung-patung Doraemon yang turut dijual di sini. Saya pernah mengkritik muzium-muzium di Malaysia terutamanya mengenai peranan kedai muzium yang seharusnya ligat lagi mempromosi buku mengenai sejarah dan pameran tentunya. Boleh baca di sini.
Lebih menarik sekiranya muzium-muzium di Malaysia ini meniru contoh apa yang telah dilakukan secara kreatif di Petrosains, yang telah berjaya menarik minat orang awam terhadap sains. Kaedah yang sama perlu dilakukan terhadap sejarah, yang juga perlu dikreatifkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment