Sejak menjadi pelajar semula, banyak masa diluangkan mencari maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan saya. Memang mula-mula pening juga untuk mencari puncanya. Setelah hampir sebulan dihabiskan mencari jalan untuk menetapkan bidang dan sub-bidang penyelidikan, akhirnya bertemu.
Semalam genap 1 bulan saya di dalam gear satu - mencari arah penyelidikan. Hari ini bermulalah pula perjalanan saya di dalam gear dua - mencari isu-isu/masalah dalam penyelidikan. Dan alhamdulillah, di atas pertolongan pegawai perpustakaan di universiti, dapat saya mulakan hari ini dengan lebih mudah dan tersusun.
Saya mulai perjalanan mencari isu ini dengan melayari laman BLIS - Bernama Link and Infolink Service, di mana semua berita (yang telah diarkibkan) dapat dilayari semula dengan satu pencarian yang mudah. Namun, BLIS perlu dilayari bukan dengan percuma. Saya bernasib baik kerana universiti telah mempunyai akaun dengan BLIS.
Maka perjalanan ini walaupun sudah nampak jalannya, namun tentunya masih lagi panjang.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment