Thursday, February 26, 2009
Wednesday, February 25, 2009
Prof. Siti akan jual bukunya
Baru dapat sms daripada Prof. Dr. Siti Zainon, berkaitan dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM: Program Bersama Sasterawan Siti Zainon Ismail.
Tempat: Perpustakaan Tun Razak
Hari: 4 Mac 2009
Jam: 3 petang
Prof. Siti Zainon akan turut menjual buku-bukunya (buku terpakai) pada harga yang istimewa.
Tempat: Perpustakaan Tun Razak
Hari: 4 Mac 2009
Jam: 3 petang
Prof. Siti Zainon akan turut menjual buku-bukunya (buku terpakai) pada harga yang istimewa.
Tuesday, February 24, 2009
Fan Nazel Hashim Mohamad @ Facebook
Baru menyediakan laman khas di Facebook untuk ayahanda saya, Nazel Hashim Mohamad. Jemput layari dan sudi-sudikanlah menjadi Fan-nya...
Monday, February 23, 2009
Artikel di Utusan Malaysia
Alhamdulillah, artikel saya terbit di Utusan Malaysia hari ini dengan tajuk Pemikiran Za'ba dan Pemikiran Melayu Abad 21.
Sunday, February 22, 2009
Apabila Zin Mahmud menulis
Seronok membaca catatan Zin Mahmud di Utusan Malaysia hari ini. Pedas bagi orang yang merasakan kepedasannya! Dan seperti yang selalu saya katakan kepada orang-orang Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), bahawa orang Melayu jugalah yang bertanggungjawab membunuh orang Melayu itu sendiri!
Saturday, February 21, 2009
UNFOLDING @ RA Fine Arts
Malam ini, bersama Jasasikin dan Ruzaimi, mengunjungi RA Fine Arts Gallery, ke perasmian pameran UNFOLDING, yang bermula pada 20 Februari dan berakhir 2 Mac 2009. Pengkarya-pengkarya muda yang diraikan malam ini ialah: Peter Lagan Balang, Hafiz Nordin, M. Safwan Ahmad, Syafiq Fawwaz, Faiz Sukor, Syafiq Ali Am, Yuhanis Ibrahim, Ilham Fadhil Shaimy, Faizal Sidik, Shahar Koyok, Nur Azlina Zulkafli, Taufiq Mohd., Abdul Razak Osman, Fouzia Hassan Abdullah, Noraini Ibrahim dan Nor Suraya Johari.
Hari melawat muzium
Kali terakhir saya melawat Muzium Negara adalah pada umur 15 tahun. Lama benar rasanya tidak ke sana. Dan entah, macam mana tergerak hati saya hari ini untuk membawa anak-anak ke muzium. Mungkin juga kerana penglibatan saya tempoh hari di dalam bengkel khas memperkasakan kembali muzium Selangor, lantas menyemai minat terhadap muzium dan sejarah.
Kandungan muzium negara sudah banyak berubah. Tentunya lebih menarik kerana diselangi dengan peranan multimedia yang lebih menarik berbanding dengan hanya pada kepingan-kepingan nota-nota mati di dinding. Namun begitu juga, masih banyak yang perlu dilakukan untuk menarik anak-anak mengunjunginya sambil mempelajari sesuatu yang kurang mendapat perhatian di hati mereka - iaitu subjek sejarah.
Namun, mungkin sebagai seorang pelancong, melawat Muzium Negara, di mana terdapat 4 bahagian di bangunan utamanya - iaitu sejarah manusia awal di tanah melayu, sejarah kesultanan Melayu, pra-sejarah dan Malaysia masa kini. Tentunya banyak maklumat dan ilmu diperolehi sekiranya saya sebagai seorang pelancong luar.
Selesai melawat, ke Kedai Muzium. Terkejut apabila menjumpai patung-patung Doraemon yang turut dijual di sini. Saya pernah mengkritik muzium-muzium di Malaysia terutamanya mengenai peranan kedai muzium yang seharusnya ligat lagi mempromosi buku mengenai sejarah dan pameran tentunya. Boleh baca di sini.
Lebih menarik sekiranya muzium-muzium di Malaysia ini meniru contoh apa yang telah dilakukan secara kreatif di Petrosains, yang telah berjaya menarik minat orang awam terhadap sains. Kaedah yang sama perlu dilakukan terhadap sejarah, yang juga perlu dikreatifkan.
Friday, February 20, 2009
BLIS
Sejak menjadi pelajar semula, banyak masa diluangkan mencari maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan saya. Memang mula-mula pening juga untuk mencari puncanya. Setelah hampir sebulan dihabiskan mencari jalan untuk menetapkan bidang dan sub-bidang penyelidikan, akhirnya bertemu.
Semalam genap 1 bulan saya di dalam gear satu - mencari arah penyelidikan. Hari ini bermulalah pula perjalanan saya di dalam gear dua - mencari isu-isu/masalah dalam penyelidikan. Dan alhamdulillah, di atas pertolongan pegawai perpustakaan di universiti, dapat saya mulakan hari ini dengan lebih mudah dan tersusun.
Saya mulai perjalanan mencari isu ini dengan melayari laman BLIS - Bernama Link and Infolink Service, di mana semua berita (yang telah diarkibkan) dapat dilayari semula dengan satu pencarian yang mudah. Namun, BLIS perlu dilayari bukan dengan percuma. Saya bernasib baik kerana universiti telah mempunyai akaun dengan BLIS.
Maka perjalanan ini walaupun sudah nampak jalannya, namun tentunya masih lagi panjang.....

Monday, February 16, 2009
Pesta Buku Bangi
Mendapat tahu tentang Pesta Buku yang akan diadakan di Kompleks PKNS Bangi, dari 18 Februari - 1 Mac 2009, dari jam 10 pagi - 10 malam. Khabar gembira ini dari laman blog xarafatima
Friday, February 13, 2009
Mereka sudah menjerit
Thursday, February 12, 2009
Kehilangan
Menjadi seorang pendidik, mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna, bekerja dan berkeluarga, sememangnya satu kepuasan hidup. Apatah lagi melihat kejayaan anak-anak murid yang melangkah masuk ke alam pekerjaan, dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari di dalam kuliah.
Namun semalam yang berlalu, meninggalkan kesan yang amat mendalam, apabila salah-seorang dari anak didik yang telah saya didiki selama 10 tahun (dari peringkat diploma hingga ke ijazah) meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya. Sudah berkeluarga, punyai anak-anak. Saya kenali arwah sejak saya masih bujang dan arwah juga ketika itu masih di alam remaja.
Seorang insan yang amat baik dan berperwatakan yang amat menyejukkan hati. Namun, Allah lebih menyayangi beliau. Beginilah hidup, seseorang yang merasakan dirinya lebih tua tidak semestinya cepat dipanggil Allah. Seseorang yang lebih muda tidak semestinya hidup lebih lama. Seseorang guru tidak semestinya sentiasa perlu dikunjungi kematiannya, dan tidak semestinya seorang pelajar hanya mengekori arwah gurunya ke kubur.
Semalam telah menyaksikan, guru-gurunya mengiringi seorang pelajarnya ke kubur. Dan menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah kepada Allahyarham Noorazrim Ismail.

Monday, February 9, 2009
Perbincangan Bukuonline Februari
Mesyuarat bulanan yang dihadiri Shaharom TM Sulaiman, Rahimi Saad, Ali Dina telah berlangsung tengah hari tadi membincangkan 3 aktiviti utama yang akan dilaksanakan pada April 2009 nanti:
1. Seminar Pencinta Buku Malaysia ketiga
2. Forum Malaysia ketiga sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
3. Akademi Buku Malaysia
Artikel di Utusan Malaysia
Artikel saya yang bertajuk BUKUKAN BUAL BICARA terbit di Utusan Malaysia hari ini.
Monday, February 2, 2009
Jualan Buku di Akademi Pengajian Melayu, UM
Berita terkini dari sahabat di bukuonline (http://bukuonline.net), bahawa Jabatan Penerbitan,Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya akan menganjurkan Jualan Buku:
Tarikh : 3 hingga 6 Februari 2009 (Selasa - Jumaat)
Masa : 9.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Foyer Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
DISKAUN SEHINGGA 90% - HARGA TERENDAH RM 1
Tarikh : 3 hingga 6 Februari 2009 (Selasa - Jumaat)
Masa : 9.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Foyer Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
DISKAUN SEHINGGA 90% - HARGA TERENDAH RM 1
Subscribe to:
Posts (Atom)